Perbezaan antara semakan "Garis Wallace"

10 bait ditambah ,  10 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
k
[[Imej:Línea de Wallace.jpg|thumb|250px|Garis Wallace antara fauna Australia dan Asia Tenggara.]]
'''Garis Wallace''' ([[bahasa Inggeris]]: ''Wallace Line'') adalah sempadan yang memisahkan ekozon [[Asia]] dan [[Wallacea]] (yang merupakan zon peralihan antara Asia dan [[Australia]]). Di barat garis dijumpai organisma berkaitan dengan spesies Asia; di timur garis hadir spesies campuran asal Asia dan Australia. Garis ini dinamakan sempena [[Alfred Russel Wallace]], yang mendapati dengan jelas garis pemisah ini selama perjalanan melalui [[Hindia Timur]] pada abad ke-19. Garis ini melintas melalui [[Indonesia]], antara [[Borneo]] dan [[Sulawesi]], dan melalui [[Selat Lombok]] antara [[Bali]] (di barat) dan [[Lombok]] (di timur). [[Antonio Pigafetta]] juga mencatat perbezaan biologi yang berkontras antara [[Filipina]] dan [[Kepulauan Maluku]] (yang terletak di sisi berlawanan daripada garis) pada tahun 1521 selama mengikuti kelanjutan dari pelayaran [[Ferdinand Magellan]] (iaitu selepas Magellan sendiri tewas di [[Mactan]], Filipina).
 
Jarak antara Bali dan Lombok adalah kecil, hanya sekitar 35 kilometer. Pengedaran spesies [[burung]] banyak yang mengikuti garis tersebut, kerana banyak burung menolak untuk menyeberangi bahkan bentangan terkecil air laut lepas. Beberapa [[kelawar]] mempunyai pengedaran yang melintasi Garis Wallace, tetapi mamalia lain umumnya terbatas pada salah satu sisi sahaja. Sebuah contoh pembezaan adalah pada [[kera]]. Ada kumpulan-kumpulan lain dari tanaman dan haiwan yang menunjukkan pola-pola berbeza, tetapi pola secara umum amatlah jelas dan cukup konsisten.
2,244

suntingan