Perbezaan antara semakan "Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak"

k (Suntingan 60.51.194.141 dikembalikan ke versi terakhir oleh Yosri)
 
==19 Disember 1941 - 31 Januari 1942==
Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan [[Ipoh]] pada [[26 Disember]]. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam [[Pertempuran Kampar]] berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara [[30 Disember]] [[1941]] sehingga [[2 Januari]] [[1942]], sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada [[7 Januari]] [[1942]], dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam [[Pertempuran di Slim River]] yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke [[Kuala Lumpur]], ibu negara Tanah Melayu. Pada [[9 Januari]], kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara [[Johor]], dan meninggalkan Kuala Lumpur yang ditawan tentera Jepun pada [[13 Januari]].
 
Barisan pertahanan British ditubuhkan di utara Johor antara [[Muar]] di barat sehingga [[Segamat]], dan kemudiannya sehingga [[Mersing]] di sebelah timur. Briged Ke-45 ditempatkan di bahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan [[Australia]] ditumpukan di tengah-tengah dan maju ke utara dari Segamat ke [[Gemas]] di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada [[14 Januari]] [[1942]].
245,304

suntingan