Totalitarianisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 8:
[[Giovanni Gentile]], [[ahli falsafah]] Itali yang terkenal dengan teori fasismenya telah mula menggunakan istilah “totalitario” yang merujuk kepada struktur dan matlamat sebuah negara yang baru. Negara baru ini akan mewakili [[negara bangsa]] secara total dan memberi bimbingan menyeluruh ke arah matlamat nasional.<ref>Stanley G. Payne, Fascism: Comparison and Definition (UW Press, 1980), porn. 73</ref>. Beliau menggambarkan totalitarianisme sebagai sebuah [[masyarakat]] di mana ideologi negara mempunyai pengaruh, jika bukan kuasa, ke atas rakyatnya.
 
Perkataan ini kerap digunakan oleh [[Benito Mussolini]] bagi rejimnya di [[Itali]]. Menurutnya, sistem ini mempolitikkan segala yang spititual dan kemanusiaan<ref>G. Gentile & B. Mussolini indalam "La dottrina del fascismo" 1932)</ref>. Sewaktu [[Perang Dunia II]], [[Hannah Arendt]] seorang [[ahli falsafah]] telah mempopularkan konsep ini untuk menunjukkan persamaan di antara [[Nazisme]] dan [[Stalinisme]] sebagai [[teori sivik|teori-teori sivik]]. Kebanyakan rejim-rejim fasis dan komunis telah dianggap sebagai totalitarian walaupun sebahagian besar daripadanya seperti rejim [[Francisco Franco|Franco]] di [[Sepanyol]], dan [[Benito Mussolini|Mussolini]] di [[Itali]] sebelum [[Perang Dunia II]], dan juga rejim komunis seperti di [[Yugoslavia]] di bawah pimpinan [[Joseph Tito|Tito]] dan China di bawah [[Deng Xiaoping]], adalah lebih bersifat autoritarian berbanding totalitarian.
 
Namun, terdapat beberapa kerajaan yang lalu yang boleh dianggap sebagai totalitarian. Kerajaan [[Joseph Stalin]] di [[Kesatuan Soviet]] dan kerajaan [[Jerman]] di bawah pimpinan [[Adolf Hitler]] adalah beberapa contoh kerajaan yang totalitarian. Kedua-dua kerajaan ini telah bertahan lama dan rakyatnya seolah-olah terperangkap dengan ideologi kerajaannya masing-masing. [[Khmer Rouge]] di bawah kerajaan [[Pol Pot]] yang zalim menunjukkan betapa bahayanya sistem ini kepada masyarakat di mana lebih kurang dua juta rakyat [[Kemboja]] telah dijadikan mangsa penindasan rejim tersebut.