Perbincangan pengguna:Luthfi94: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
:::Terima kasih di atas rujukan yang diberikan. Jika anda baca perenggan I, penulis rencana itu sendiri mengakui tiada bukti. Oleh itu ia adalah sekadar pendapat, bukan satu fakta. Saya cuma tegaskan, bahawa berdasarkan fakta bukti bertulis kesusteraan [[Sulalatus Salatin]] (1511), dan [[Hikayat Amir Hamzah]] (1380), rendang telah menjadi masakan Melayu Melaka sejak 1511. Mana asalnya, saya sendiri tidak mengatakan mana asal rendang itu; kerana jika saya mengatakan apa yang tiada dalam rujukan sejarah, itu hanya omong-omongan saya sendiri. Perlu diingat bahawa selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, penduduknya bertempiaran lari keseluruh alam Melayu. Oleh itu rekod sejarah di Malaysia adalah jarang dan sukar dijumpai kerana adat negara berperang, rakyatnya huru-hara. Sebab itu saya amat gembira, ada rujukan Sejarah Melayu yang membuktikan rendang sudah lama menjadi masakan Melayu, bukan dicuri seperti yang dilaung-laungkan oleh sesetengah orang Indonesia, sehingga membakar bendera negara saya. Sekian terima kasih. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan Pengguna:Yosri|bincang]]) 12:00, 19 Jun 2010 (UTC)
 
::::Sebenarnya anda boleh memberitahu dunia kehebatan negara anda, dan saya juga gembira mempelajari perkara-perkara tersebut. Anda boleh memberitahu kemahiran, kesenian dll telah diamalkan sejak XXXX tahun sebagaimana yang tercatat dalam kitab kuno YYYY (rujukan). Sebahagian Indonesia pernah merupakan sebahagian kesultanan Melaka, dan sebahagian Malaysia juga pernah menjadi sebahagian Majapahit. Oleh itu budaya dan adat resam telah lama bercampur aduk, dan tidak boleh saling dipisahkan lagi. Oleh itu lebih baik kita saling mengukuhkan persahabatan, dan bukannya saling bermusuhan, kerana permusuhan merugikan kedua pihak. Pihak yang bersalah adalah pihak yang mengapi-apikan permusuhan, tanpa mengira dari negara mana dia datang. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan Pengguna:Yosri|bincang]]) 03:14, 20 Jun 2010 (UTC)
:Boleh tak tolong cipta rencana berkaitan tempat di [[Daerah di Turki]] boleh dirujuk di Wikipedia bahasa inggris.--[[Pengguna:Md. Farhan|Md. Farhan]] ([[Perbincangan Pengguna:Md. Farhan|bincang]]) 08:41, 19 Jun 2010 (UTC)
245,308

suntingan