Pendaftar Pertubuhan Belia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kembangkan
Gerak (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
== Akta Pertubuhan Belia ==
Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 atau dikenali sebagai Akta 668 mewajibkan persatuan belia diterajui belia tidak melebihi usia 40 tahun. Semua pertubuhan-pertubuhan belia perluhendaklah mendaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bagi mengelakkan sebarang masalah, walaupun sebelum ini pernah mendaftar melalui [[Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia|Pejabat Pendaftar Pertubuhan]].<ref name="Utusan1">[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm 'Daftar persatuan segera' – ROY] Utusan Online</ref> Objektif pendaftaran ialah untuk menggalakkan lebih banyak persatuan belia dapat ditubuhkan di setiap komuniti dan kawasan. ROY akan memperkemas dan memperkasa sistem penyampaian dalam pembangunan belia supaya lebih berdaya maju dan aktif pada setiap masa. Kelulusan penubuhan persatuan belia dapat mendaftar daripada enam kepada tiga bulan atau kurang daripada itu.
 
== Bantuan KBS ==
Bantuan aktiviti KBS yang dikendalikan oleh cawangan Pembangunan Sosial memberi sekurang-kurangnya sebanyak RM3,000 kepada persatuan-persatuan belia. Ini diharap mampu menjadi rangsangan untuk mereka menjalankan aktiviti kepada ahli masing-masing. Bagi persatuan yang baru ditubuhkan, KBS juga memberikan bantuan awal sebanyak RM1,000 bagi membolehkan mereka membuat mesyuarat, kerja-kerja pentadbiran dan sebagainya. Peluang ini diharap dapat menambahkan lagi jumlah persatuan belia di setiap daerah dan negeri.<ref name="Utusan1"/>
 
== Contoh kes ==
* Pada 7 Mac 2009, jawatan Presiden [[Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia]] (MAYC) Kebangsaan diambil alih secara sementara oleh [[Suraya Yaakob]] daripada Tan Sri [[Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]]. Suraya Yaakob merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) [[Sungai Tiang]], [[Kedah]] dan masihsehingga kini [2010] sudah diberumur bawahlebih 40 tahun.
 
* Pada mesyuarat Gerakan Belia 4B Malaysia pada Disember tahun lepas, jawatan Presiden 4B, [[Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam]] telah melepaskan jawatan belia dalam pergerakan belia kepada pemimpin muda iaitu Sdr. Muamar Gadafi bin Dato' Jamaludin. Secara tidak langsung keseluruhan saf pimpinan Gerakan Belia 4b Malaysia di pimpin oleh pemimpin muda.
 
== Lihat juga ==