Perbezaan antara semakan "Wayang Kulit Siam"

6 bait ditambah ,  10 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Wayang Kulit Siam''' (atau juga dikenali sebagai [[Wayang Kulit Kelantan]]) adalah merupakan satu kesenian yang berasal dari negeri [[Kelantan Darul Naim]], [[Malaysia]]. Di antara empat jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia, Wayang Kulit Siam adalah yang paling popular sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
 
Suatu ketika dahulu, ia pernah mendapat tempat di kalangan penduduk negeri [[Kelantan]], [[Terengganu]], [[Pahang]], [[Kedah]] dan [[Perak]] serta [[Patani]] – sebuah negeri Melayu-Islam di selatan Thailand yang kini telah dibahagikan menjadi empat buah wilayah iaitu [[Pattani]], [[Yala]], [[Narathiwat]] dan [[Songkhla]]. Wayang Kulit Siam disampaikan dalam [[bahasa Melayu]] loghat Kelantan.
343

suntingan