Wayang kulit Kelantan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sigap86 (bincang | sumb.)
Sigap86 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Wayang Kulit Siam''' (atau juga dikenali sebagai '''[[Wayang Kulit Kelantan]]''') adalah merupakan satu kesenian [[wayang kulit]] yang berasal dari negeri [[Kelantan|Kelantan Darul Naim]], [[Malaysia]]. Di antara empat jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia, Wayang Kulit Siam adalah yang paling popular sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
 
Suatu ketika dahulu, ia pernah mendapat tempat di kalangan penduduk negeri [[Kelantan]], [[Terengganu]], [[Pahang]], [[Kedah]] dan [[Perak]] serta [[Patani]] – sebuah negeri Melayu-Islam di selatan Thailand yang kini telah dibahagikan menjadi empat buah wilayah iaitu [[Pattani]], [[Yala]], [[Narathiwat]] dan [[Songkhla]]. Wayang Kulit Siam disampaikan dalam [[bahasa Melayu]] loghat Kelantan.
 
== Etimology ==
Baris 14:
 
Di Malaysia, Wayang Kulit Siam juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan. Ini merujuk kepada sejarah wayang kulit itu sendiri yang berasal dari negeri Kelantan. Selain itu, ianya juga dikenali sebagai ''Wayang Pahang'' ketika ia dipersembahkan di negeri Pahang oleh orang Melayu Kelantan yang berhijrah ke negeri tersebut. Malah, ia juga dipanggil sebagai ''Wayang Kelantan'' atau ''Wayang Siam Kelantan'' oleh masyarakat Melayu Patani di kawasan selatan Thailand.
 
== Wayang Kulit Siam Kini ==
 
Pada hari ini, Wayang Kulit Siam hanya boleh ditemui di negeri asalnya iaitu Kelantan dan juga di Terengganu. Selain itu, kesenian ini juga boleh ditonton di beberapa buah universiti seperti [[Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan]] (ASWARA), [[Universiti Sains Malaysia]] (USM) dan [[Universiti Teknologi Mara]] (UiTM), dimana Wayang Kulit Siam telah diajar secara teori dan praktikal kepada para pelajar yang mengambil bidang tertentu. Sementara itu, persembahan Wayang Kulit Siam di negeri Pahang, Kedah, Perak dan Patani telah pun berkubur.
 
== Rujukan ==