Sidang Kemuncak G20 Toronto 2010: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Sidang kemuncak G20 Toronto 2010''' merupakan mesyuarat ketua-ketua negara G20 berhubung pasaran kewangan dan ekonomi dunia yang diadakan di Metro To...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 17:45, 27 Jun 2010

Sidang kemuncak G20 Toronto 2010 merupakan mesyuarat ketua-ketua negara G20 berhubung pasaran kewangan dan ekonomi dunia yang diadakan di Metro Toronto Convention Centre di Toronto, Ontario, [Kanada]] pada 26-27 Jun 2010. Seterusnya Sidang kemuncak G8 diadakan di Huntsville, Ontario. Perdana Menteri Kanada Stephen Harper mengumumkan tema persidangan ialah 'Pemulihan dan Permulaan baru'. Inilah pertama kali Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 diadakan di satu negara yang sama.


Mesyuarat G20 ini diharap dapat menyediakan insentif dan peluang untuk membangunkan ekonomi berdaya tahan. Seramai 1,500 delegasi, termasuk ketua-ketua negara akan bersidang bagi membincangkan krisis kewangan global dan akses kemajuan yang dicapai dalam proses pemulihannya. Pemimpin dunia hendaklah menunaikan janji-janji yang dibuat semasa persidangan yang lalu , melakukan reformasi sektor kewangan, standard perakaunan, dan pertumbuhan berdaya tahan. Standard Laporan Kewangan Antarabangsa hendaklah dilaksanakan dan memastikan standard perakaunan adalah bebas dari sebarang pengaruh politik.[1]


Rusuhan

Rusuhan dijangka terjadi. Olhe itu lebih 10,000 orang polis dan pengawal telah dihantar untuk bertugas. Kos kawalan melebihi 1 bilion dolar Kanada.

Pada 27 Jun 2010, perusuh membakar 3 kereta peronda polis serta memecahkan tingkap premis perniagaan. Sebelum itu, polis dengan perisai dan belantan menghalang satu kumpulan kecil penunjuk perasaan yang cuba melepasi pagar keselamatan yang mengelilingi pusat sidang kemuncak Kumpulan 20.Kenderaan polis berkejar ke Toronto dan berakhir di Huntsville, Ontario. Rusuhan itu berhampiran lokasi Presiden AS Barack Obama dan pemimpin dunia lain bertemu dan menginap.[2] Datuk Bandar Toronto, David Miller kecewa dengan penunjuk perasaan itu.

Rujukan