Republik Rom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
PM Poon (bincang | sumb.)
Baris 114:
Pada tempoh pertengahan kedua republik ([[107 SM]]), [[Gaius Marius]] memperkenalkan pembaharuan-[[pembaharuan Maruis]] yang sama sekali menukarkan bentuk Legion. Bukan sahaja struktur dan taktik tentera Rom dikemaskinikan, tetapi tenteranya diubah menjadi satu angkatan tentera tetap yang terdiri terutamanya daripada "askar-askar kerjaya" [[kelas bawahan]] yang diambil untuk tempoh selama 20 tahun, dan dihadiahkan (secara tradisi, tetapi tidak dijaminkan di sisi undang-undang) "[[geran tanah]]" pada akhir tempoh perkhidmatan mereka. Ini menghasilkan kesan yang tidak ketara, tetapi penting, untuk menumpukan semula kesetiaan askar legion yang kini bertempur bukan sahaja untuk Jeneral serta negaranya, tetapi juga untuk "pensen" sendiri.
 
Setiap kali Rom menaklukkan tanah-tanah baru, kawasan itu akan diasingkan menjadi satu atau lebih [[Wilayah Rom|wilayah]] di bawah pentadbiran seorang [[gabenor Rom]] yang dipilih setiap tahun oleh Senat. Gabenor itu dianugerahkan dengan pangkat [[promajistret]], baik [[prokonsul]] atau [[propraetor]], bergantung kepada saiz dan kepentingan wilayah itu (sila lihat [[Wilayah Rom]] untuk senarai pangkat-pangkat gabenor). Pada tempoh pertengahan kedua republik, sebahagian tanah-tanah yang baru diperoleh sering kali dipergunakan untuk menamatkan perkhidmatan bekas perajurit yang telah mencapai kelayakan untuk "geran tanah" mereka. Cara ini bukan sahaja "membayar upah dan memberhentikan" askar-askarnya, tetapi juga memberikan manfaat sampingan untuk menempatkan orang-orang Rom dengan [[adat resam]] mereka, dan membawa budaya Rom kepada orang-orang taklukan baru: sejenis bentuk "imperialisme budaya" di samping imperialisme tentera (sila lihat: [[Romanisasi (budaya)|Romanisasi budaya]]).
 
==Pautan luar==