Geng Berempat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'thumb|420px|Geng Berempat dibicarakan pada tahun 1981. '''Geng Berempat''' ({{zh|s=四人帮|t=四人幫|p=Sìrén bāng}}...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:19, 2 Julai 2010

Geng Berempat (Cina ringkas: 四人帮Cina tradisional: 四人幫pinyin: Sìrén bāng) ialah gelaran yang diberi kepada sebuah paksi politik haluan kiri yang terdiri daripada empat orang pegawai Parti Komunis China yang menarik perhatian ramai ketika Revolusi Kebudayaan (1966-76), kemudian didakwa atas jenayah-jenayah penderhakaan. Mereka ialah Jiang Qing, isteri terakhir Mao Zedong yang kelihatan memimpin kumpulan ini, dan sekutu-sekutu terdekat Zhang Chunqiao, Yao Wenyuan, dan Wang Hongwen.

Fail:Gang of Four at trial.jpg
Geng Berempat dibicarakan pada tahun 1981.

Geng Berempat berjaya menguasai alat-alat kuasa Parti Komunis China pada tahap-tahap terakhir Revolusi Kebudayaan, tetapi tidak pasti keputusan besar mana yang dilakukan atas arahan Mao Zedong dan dilaksanakan oleh Geng ini, dan yang mana adalah hasil rancangan Geng Berempat sendiri. Geng Berempat dan juga Lin Biao, seorang jeneral Komunis yang keaiban, dilabel sebagai dua "kuasa anti-revolusi" dalam Revolusi Kebudayaan dan secara rasminya dipersalahkan atas kesan huru-hara terburuk yang dialami oleh masyarakat negara sepanjang sepuluh tahun yang bergolak itu. Kejatuhan mereka melalui coup d'état pada 6 Oktober 1976, genap sebulan selepas kematian Mao, mencetuskan keraian besar-besaran di jalan-jalanan Beijing sambil menandakan berakhirnya zaman politik yang tidak menentu di China.


Rujukan

Templat:Cultural Revolution