Perbezaan antara semakan "Arsenal F.C."

41 bait ditambah ,  14 tahun lalu
Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu [[Bertie Mee]] sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala [[League Cup]],mereka telah memenangi piala [[Inter-Cities Fairs Cup]], piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala [[Cup Winners' Cup]] atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas [[Manchester United F.C.|Manchester United]] yang hingga kini dianggap sebagai klasik.
 
[[Image:Arsenal open top bus parade 2004.jpg|thumb|275px|right|Arsenal'sPemain-pemain playersdan andpenyokong-penyokong fansArsenal celebratemeraikan theirkejuaraan liga 2004 titlemereka windengan withsebuah anperarakan open-topbas bustidak paradeberbumbung]]
Kepulangan bekas pemain [[George Graham (footballer)|George Graham]] sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan [[Liverpool F.C|Liverpool]] dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala [[Cup Winners' Cup]], pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen [[Rune Hauge]] kerana telah membeli pemain-pemain tertentu,<ref>Graham was banned for a year by the Football Association for his involvement in the scandal after he admitted he had received an "unsolicited gift" from Hauge. As one of the few football corruption cases where wrongdoing was proven, it is often referenced in the press (e.g. in this [http://politics.guardian.co.uk/columnist/story/0,9321,915368,00.html ''Observer'' article]), and is given a detailed treatment in ''Broken Dreams'' by Tom Bower (ISBN 0743440331).</ref> dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, [[Bruce Rioch]], hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.
 
59

suntingan