Perbezaan antara semakan "Pawang Nong"

94 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Pawang Nong''' atau juganama dikenalisebenar denganbeliau gelaranialah ''AwangHaji Nong Bin Santan'' adalah merupakan [[Pawang]] Diraja Negeri [[Pahang]] suatu masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut serta dikatakan pernah menuntut dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu [[Mat Kilau]] yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai ilmu persilatan Melayu serta ilmu perubatan tradisional yang tinggi sehinggakan pernah dicerita menerusi cerita lisan orang-orang tua dahulu bahawa beliau mempunyai ilmu kebal dan ketika penjajah ingin menebaknya peluru senapang hanya sekadar memasuki poket beliau sahaja tanpa dapat mencederakannya walau sedikit pun.
 
Selaian itu beliau jugalah yang berjaya menangkap orang minyak yang berluluasa di sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak. Dikhabarkan juga melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala bahawa ketika [[Garis Masa Kempen Penaklukan Jepun Di Tanah Melayu|zaman penjajahan tentera Jepun]], beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera [[Jepun]] untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka.
 
[[Makam]] beliau boleh dilawati di masjid Kampung Ulu Cheka, [[Jerantut]], [[Pahang]]. Atas jasa-jasa beliau ini sebuah sekolah rendah kebangsaan dinamakan sebagai [[Sekolah Rendah Kebangsaan Pawang Nong]] Ulu Cheka bagi mengingati atau mengenang jasa beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan orang-orang [[Melayu]] suatu masa dahulu.
 
 
440

suntingan