Perbezaan antara semakan "Laut Caribbean"

14 bait ditambah ,  9 tahun lalu
k
bot menambah: gv:Yn Vooir Charibagh; perubahan kosmetik
k (bot menambah: bm:Karayibu Ji)
k (bot menambah: gv:Yn Vooir Charibagh; perubahan kosmetik)
[[ImageFail:Central america.jpg|thumb|250px|right|Peta Amerika Tengah dan Caribbean]]
[[ImageFail:Earth and Moon.jpg|thumb|250px|right|Laut Caribbean dari angkasa lepas (atas kiri)]]
[[ImageFail:Mar caribe.jpg|thumb|250px|right|Pemandangan Laut Caribbean dari pantai Republik Dominican]]
'''Laut Carribean''' merupakan sebuah [[laut tropika]] yang terletak di [[Hemisfera Barat]], sebahagian daripada [[Lautan Atlantik]], terletak di tenggara [[Teluk Mexico]]. Laut Carribean terletak di [[plat Carribean]] dan bersambung dengan [[plat Amerika Selatan]].
 
Gugusan [[Greater Antilles]] termasuklah pulau-pulau [[Cuba]], [[Hispaniola]], [[Jamaica]], [[Puerto Rico]] dan [[Lesser Antilles]].
 
'''Laut Caribbean''' merupakan satu laut masin dengan keluasan 2754,000 km². Titik paling dalam ialah di [[Cayman Trough]] , di antara [[Cuba]] dengan [[Jamaica]] sedalam 7686 m di bawah paras laut. Di sepanjang pesisirnya terdapat teluk dan tanjung yang berpontensi dimajukan sebagai kawasan pelancongan. Antaranya [[Teluk Venezuela]], [[Teluk Darien]], [[Golfo de los Mosquitos]] dan [[Teluk Honduras]].
 
== Sejarah ==
Nama ''Carribean'' berasal dari nama etnik [[Indian Amerika]] lewat abad 15. Setelah [[Christhoper Columbus]] sampai di Laut Carribean pada 1492 dalam perjalanannya menuju ke benua kecil [[India]]. [[Penjelajah Sepanyol]] memanggilnya [[Antillas]] untuk tanah daratan. Lautnya digelar Laut Antilles. Selepas kejayaan Christopher Columbus, banyak [[koloni]] dibina di [[Amerika Tengah]], [[Amerika Utara]] dan [[Amerika Latin]]. [[Budaya Eropah]] dibawa masuk bersama dengan perdagangan [[hamba abdi]] untuk peladang-peladang Eropah ini. Persaingan sering berlaku dan timbul pula aktiviti [[Laut Laut Carribean|lanun]] yang cukup menggerunkan.
 
Hari ini terdapat 22 buah negara pulau di Laut Carribean dan 12 negara di sempadannya. Cuaca tropika di sini menjadikan perdagangan arak cukup berharga. Aktiviti pelancongan, pelayaran antarabanga, scuba diving dan lain-lain cukup menarik di sini.
 
== Geologi ==
Laut Carribean terletak pada plat Carribean yang berusia 20,000 tahun hingga 570 juta tahun. Laut Carribean terbahagi kepada 5 buah lembah / basin , dipisahkan oleh banjaran dan gunung di dalam air.
 
Lokasi paling dalam ialah di Cayman Trough sedalam 7686 meter.
 
Gempa bumi di bawah laut selalu menyebabkan [[tsunami]]. Saintis mendakwa terdapat 12 gempa bumi berlaku pada kadar 7.6 magnitud sejak 500 tahun lalu.
== Ekologi ==
9 % [[terumbu karang]] dunia terdapat di Laut Carribean yang meliputi 50,000 km². Terumbu karang ini sangat sesuai dengan iklim tropika yang panas dan menjadi [[habibat]] pelbagai jenis [[hidupan marin]]. Suhu airnya mencecah 85 darjah [[Fahrenheit]] , sesuai untuk tumbuhan [[alga]]. Tumbuhan seni ini menjadi makanan terumbu karang dan membentuk pelbagai warna , pelbagai corak.
 
== Iklim ==
Iklim di Laut Carribean dipengaruhi oleh [[Arus Humbolt]] dari utara. Angin yang bertiup berpusing di sekitar Laut Carribean. Oleh itu banyak berlaku ribut dan taufan. [[Ribut tropika]] ini dibentuk / berpunca dari Taufan Atlantik. Biasanya berlaku pada bulan Ogos hingga September.
 
Biasanya 9 taufan berlaku setiap tahun dan 5 daripadanya mencecah tahap 3. Dari tahun 1494 hingga 1900 berlaku 385 ribut taufan. Terumbu karang di dasar laut turut rosak akibat gelombang pasir laut yang begitu besar.
 
== Aktiviti ekonomi ==
170 juta tan [[petroleum]] disedut keluar dari dasar Laut Carribean. Sejumlah setengah juta tan [[ikan]] ditangkap setiap tahun sebagai sumber [[protein]]. Aktiviti manusia ini menyebabkan [[pencemaran]] laut seperti [[tumpahan minyak]], [[terumbu karang]] rosak teruk, permukaan laut berminyak dan hidupan seni tidak lagi dapat hidup.
 
12 juta pelancong datang ke sini setiap tahun. Dari 1991-1992 sahaja lebih 8 juta pelancong pelayaran berada di Laut Carribean.
[[fy:Karibyske See]]
[[ga:Muir Chairib]]
[[gv:Yn Vooir Charibagh]]
[[gd:Muir Cairibianach]]
[[gl:Mar Caribe]]
75,644

suntingan