Pawang Nong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Matja (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 22:
[[Fail:Image519.jpg‎‎|left|thumb|Plak Peringatan Pawang Nong di makam beliau berhampiran masjid Kampung Ulu Cheka]]
 
Selain dari kebolehan beliau mengubati pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional beliau juga merupakan seorang pendekar [[silat cekap]] dan diceritakan mempunyai [[ilmu kebal]] serta ilmu kalis besi. Dari sumber lisan orang tua dahulukala pernah menceritakan bahawa Pawang Nong pernah ditangkap komunis lalu dirantai tangan beliau dengan besi namun dengan kehebatan ilmu yang beliau ada dengan mudah sahaja melepaskan rantaian atau ikatan besi tersebut serta beliau pernah ditembak namun pelurunya hanya memasuki poket baju yang beliau pakai sahaja tanpa dapat mencederakan beliau. Dan dikatakan beliau jugalah yang berjaya menangkap [[orang minyak]] yang berleluasa di sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak suatu masa dahulu.{{fact}}
 
Dikhabarkan juga melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala{{fact}} bahawa ketika [[Garis Masa Kempen Penaklukan Jepun Di Tanah Melayu|zaman penjajahan tentera Jepun]], beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera [[Jepun]] untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka. Oleh kerana kemasyuran nama beliau ketika itu ramai yang datang untuk belajar dan berguru dengan beliau khususnya dalam bidang perubatan tradisional.
 
[[Makam]] beliau boleh dilawati di masjid Kampung Ulu Cheka, [[Jerantut]], [[Pahang]]. Atas jasa-jasa beliau ini sebuah sekolah rendah kebangsaan dinamakan sebagai [[Sekolah]] Rendah Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka bagi mengingati atau mengenang jasa beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan orang-orang [[Melayu]] suatu masa dahulu.