Perbezaan antara semakan "Arsenal F.C."

4 bait ditambah ,  14 tahun lalu
Dalam sebahagian besar sejarah Arsenal, warna rumah mereka ialah baju merah terang dengan lengan putih dan seluar pendek putih, meskipun kadangkala situasi ini berubah. Pemilihan warna merah adalah sebagai menghargai sebuah sumbangan amal daripada [[Nottingham Forest F.C.|Nottingham Forest]], sejurus selepas penubuhan Arsenal pada tahun 1886. Dua daripada ahli penubuhan Dial Square, [[Fred Beardsley]] dan [[Morris Bates]], adalah bekas pemain Forest yang telah berpindah ke Woolwich untuk bekerja. Sedang mereka menubuhkan kesebelasan utama di kawasan itu, tiada kit yang boleh dijumpai, jadi Beardsley dan Bates telah mengirim surat ke rumah untuk mendapatkan bantuan dan menerima satu set kit dan sebiji bola. Baju itu lebih gelap merahnya berbanding dengan warna moden kelab ini sekarang, hampir ungu, dan telah dipakai dengan samada seluar pendek putih atau gelap.
 
Pada tahun 1933, Herbert Chapman, yang menghendaki pemain-pemainnya untuk berpakaian lebih segak, telah mengubahsuaikan kit tersebut, menambah lengan putih dan merubah merah gelap itu kepada merah yang lebih terang seperti merah peti pos. Pasukan ini telah serasi dengan kombinasi ini semenjak itu, selain daripada dua musim. Mula-mula, pada [[1963-64 dalam bolasepak Inggeris|1963–64]] kit tersebut telah diubah kepada semua merah, tetapi langkah ini didapati tidak popular dan lengan putih kembali pada musim berikutnya. Kali kedua, semasa [[2005-06 dalam bolasepak Inggeris|2005–06]] ialah musim terakhir Arsenal bermain di Highbury, baju pasukan telah diubah sementara kepada warna asli merah gelap, atau "redcurrant", untuk mengenang kembali warna yang telah dipakai semasa musim pertama di Highbury, pada tahun 1913. Kelab ini akan kembali ke warna kebiasaaan mereka untuk musim [[2006-07 dalam bolasepak Inggeris|2006-07]].
 
Warna rumah Arsenal telah menjadi inspirasi kepada sekurang-kurangnya dua buah kelab lain. Pada tahun 1909, [[AC Sparta Praha|Sparta Prague]] telah mengambil sebuah kit merah gelap seperti yang dipakai oleh Arsenal sewaktu itu; pada tahun 1930-an, [[Hibernian F.C.|Hibernian]] mengambil rekaaan lengan Arsenal dalam warna baju hijau dan putih mereka. Kedua-dua kelab tersebut masih memakai rekaan itu hingga ke hari ini.
59

suntingan