Perbezaan antara semakan "Arsenal F.C."

1 bait dibuang ,  14 tahun lalu
Warna rumah Arsenal telah menjadi inspirasi kepada sekurang-kurangnya dua buah kelab lain. Pada tahun 1909, [[AC Sparta Praha|Sparta Prague]] telah mengambil sebuah kit merah gelap seperti yang dipakai oleh Arsenal sewaktu itu; pada tahun 1930-an, [[Hibernian F.C.|Hibernian]] mengambil rekaaan lengan Arsenal dalam warna baju hijau dan putih mereka. Kedua-dua kelab tersebut masih memakai rekaan itu hingga ke hari ini.
 
Warna tempat lawan Arsenal secara tradisinya adalah kuning dan biru, meskipun mereka telah memakai sebuah kit hijau dan biru tentera laut buat sementara ketika awal 1980-an. Sejak 1990-an dan ketibaan pasaran kit yang lumayan, warna tempat lawan mereka telah diubah setiap beberapa musim. Secara amnya, warna itu samada kuning dan biru, ataupun rekaaanrekaan dua-ton biru, sungguhpun telah ada sebuah rekaan emas metalik dan biru tentera laut untuk musim [[2001-02 dalam bolasepak Inggeris|2001–02]]. Bagaimanapun, ramai peminat Arsenal merasakan yang baju biru tersebut membawa nasib malang- kesemua tiga kejuaraan Premier League dicapai dalam musim di mana pasukan ini memakai kuning atau emas. Warna tempat lawan untuk [[2005-06 dalam bolasepak Inggeris|2005–06]] adalah kuning dan kelabu gelap.
 
==Stadium==
59

suntingan