Perbezaan antara semakan "Sistem Kangcu"

34 bait ditambah ,  14 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Sejak tahun [[1844]] [[Johor]] menjadi sebuah negeri Melayu yang dapat mengawal orang-orang Cina yang jumlahnya lebih ramai dari orang Melayu melalui '''Sistem Kangchu'''.
 
Pada [[9 Oktober]] [[1844]], [[Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim|Temenggung Daeng Ibrahim]], Pemerintahan Kerajaan Johor telah mengeluarkan '''Surat Sungai''' yang pertama kepada seorang pekebun Cina bernama '''Lau Lib Keng'''. Dengan ini maka bermulalah penghijrahan orang-orang Cina dari [[Singapura]] ke [[Johor]] dan bermulalah penanaman [[gambir]] dan [[lada hitam]] secara komersial di Tanah Melayu.
 
Corak pentadbiran Kerajaan [[Johor]] ke atas pekebun-pekebun Cina ini kemudiannya dikenali sebagai '''Sistem Kangchu'''. '''Kangchu''' adalah perkataan Teochiew yang bererti '''Ketua Petempatan Cina''', manakala Kerajaan Johor menggunakan istilah '''Tuan Sungai'''.
1,121

suntingan