Temenggong Daeng Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Siber79 (bincang | sumb.)
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Daeng Ibrahim.jpg|thumb|240px205px|'''Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim''']]
 
'''Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim''' ([[8 Disember]] [[1810]] - [[31 Januari]] [[1862]]) ialah Maharaja [[Johor]], sebuah negeri di selatan [[Semenanjung Malaysia]], antara tahun [[1825]] dan [[1862]].
Baris 7:
Pada [[10 Mac]] [[1855]], Daeng Ibrahim memeterai satu perjanjian dengan Sultan Ali yang memberi kuasa kepadanya untuk menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor". Kawasannya merangkumi seluruh negeri Johor kecuali wilayah [[Kesang]] yang terletak di sebelah utara [[Sungai Muar]] yang masih dikekalkan oleh Sultan Ali. Antara lain, perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai [[Sejarah Johor#Garis masa|Sultan Johor]], tetapi gelarannya tidak boleh diwariskan kepada keturunannya.
 
Sebagai Maharaja Johor, Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung Puteri yang kemudian digelarkan [[Johor Bahru]] oleh anaknya, [[Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim]], pada tahun [[1866]]. Baginda memperkenalkan "[[#Sistem Kangcu|Sistem Kangcu]]" pada tahun [[1833]] untuk memajukan perusahaan ladang [[Pokok Lada Hitam|lada hitam]] dan [[Pokok Gambir|gambir]] di Johor.
 
Daeng Ibrahim mempunyai tiga isteri, iaitu Inche Ngah, Engku Long Muda, dan Tengku Andak (anak perempuan ketiga kepada [[Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah]], Sultan and Yang di-Pertuan Besar [[Lingga]], [[Riau]] dan wilayah-wilayah tanggungan). Daeng Ibrahim mempunyai [[#Senarai anak|sepuluh anak]], iaitu tujuh anak lelaki dan tiga anak perempuan. Baginda mangkat di [[Teluk Belanga]], Singapura pada tahun 1862 dan dimakamkan di Makam Temenggong, Masjid Teluk Belanga.
 
 
{{TOCleft}}
 
==Sistem Kangcu==
{{main|Sistem Kangcu}}
 
"[[Sistem Kangchu|Kangcu]]" ialah [[bahasa Cina]] untuk "Tuan Sungai". Melalui sistem ini, Daeng Ibrahim membawa orang-[[Orang Cina Malaysia|orang Cina]] dari Singapura ke Johor untuk mengerjakan ladang lada hitam di sepanjang [[Sungai Johor]]. Orang-orang Cina diberikan "Surat Sungai" yang merupakan surat kebenaran untuk menetap dan mengusahakan [[pertanian]] di Johor. Kawasan perladangan dikenali sebagai "kangkar", iaitu perkataan bahasa Cina untuk "kaki sungai". Setiap kangar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut [[cukai]] untuk kerajaan Johor.