Parkour: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 60:
 
Walaubagaimanapun, banyak teknik asas yang penting untuk amatur/novis pada keserba-bolehan dan kebolehan mereka. Teknik yang paling penting adalah melompat dan mendarat. Gulingan juga ditekan sebagai asas penting perlu dipelajari dalam mengehadkan impak selepas melompat dan meneruskan momentum kehadapan. Banyak ''traceur'' menghadapi masalah sendi apabila melakukan lompatan dan gulingan yang salah.
 
== Senarai teknik ==
 
Antara teknik asas dalam Parkour ialah:-
 
1. Mendarat: merupakan salah satu teknik yang paling penting dalam seni fizikal ini. Sentiasa mendarat dengan bola kaki dan jari kaki serta bengkokkan lutut.
 
2. Berguling: gulingan ke hadapan dimana tangan, lengan dan garisan pepenjuru di belakang badan menyentuh tanah, seringkali dipanggil ''breakfall''. Digunakan untuk memindahkan momentum atau tenaga dari lompatan dan untuk meminimumkan impak; mengelakkan kecederaan serta pendaratan yang menyakitkan. Ia identik dengan asas kaiten atau ukemi dan gerakan ini diambil daripada seni bela diri seperti judo, ninjutsu, jujutsu, hapkido dan aikido.
 
3. Lepasi dinding: digunakan untuk melepasi satu struktur yang tinggi dengan menukarkan momentum ke hadapan kepada momentum ke atas. Seterusnya tangan digunakan digunakan untuk memanjat ke atas dinding tersebut.
 
4. Imbangan: berjalan di sepanjang bibir halangan; harfiah "keseimbangan".
 
5. Imbangan kucing: gerakan berkaki empat di sepanjang bibir halangan.
 
6. Lompatan teliti: lompatan statik atau bergerak dari satu objek ke satu titik pendaratan yang kecil pada objek lain.
 
7. Lompatan dinding: ke langkah dari dinding dalam rangka mengatasi kendala lain atau mencapai ketinggian untuk mendapatkan sesuatu.
 
8. Lompatan tangan: lompatan yang mendarat di sisi halangan dalam kedudukan bergantung atau menjongkok, tangan mencengkeram sisi halangan, menampung berat badan, bersedia untuk menarik otot lengan bagi naik ke atas halangan.
 
9. Lompatan pantas: untuk melepasi sesuatu halangan dengan melompat sisi-cara dahulu, kemudian meletakkan satu tangan di atas halangan untuk menahan dan menolak badan ke depan dan meneruskan larian.
 
10. Lompatan malas/pencuri: untuk melepasi sebuah halangan dengan menggunakan lompatan satu tangan, kemudian menggunakan tangan lain untuk menolak diri ke hadapan bagi menghabiskan gerakan ini.
 
== Rujukan ==