Peringkat Sihir Biasa: Perbezaan antara semakan

k
bot menambah: et:Tavalise Võluritaseme eksamid; perubahan kosmetik
k (bot menambah: et:Tavalise Võluritaseme eksamid; perubahan kosmetik)
'''Peringkat Sihir Biasa''' atau '''P.S.B.''' yang merupakan sebuah peperiksaan awam yang akan diambil oleh setiap pelajar sihir tahun kelima di [[Sekolah Sihir Hogwarts]]. Ia merupakan terjemahan kepada O.W.L. iaitu ''Ordinary Wizarding Level''. Para pelajar akan mengambil ujian bertulis dan amali bagi setiap mata pelajaran (kecuali subjek [[Mata pelajaran Hogwarts#Sejarah_SihirSejarah Sihir|Sejarah Sihir]] yang hanya mempunyai kertas bertulis). Pemeriksa luar iaitu Pihak Berkuasa Peperiksaan Sihir akan dipanggil untuk menilai pencapaian pelajar dalam ujian amali.
 
Ujian bertulis di adakan di [[Hogwarts#Aras_BawahAras Bawah|Dewan Besar]] dan ujian amali diadakan di tempat-tempat tertentu bergantung kepada subjek itu sendiri. Barang-barang yang di larang di dalam peperiksaan ialah:
* Pena Bulu Pelepah Jawab Sendiri
* Remembrall
Peperiksaan ini boleh dibandingkan dengan peperiksaan [[Muggle]] iaitu [[Sijil Pelajaran Malaysia|S.P.M.]] di [[Malaysia]] yang mewajibkan semua pelajar mendudukinya. Walau bagaimanapun, P.S.B. menekankan pendidikan selama 5 tahun manakala S.P.M. walaupun diambil pada tahun kelima dalam sistem sekolah menengah, peperiksaan itu mengambil kira pendidikan selama 2 tahun sahaja.
 
== Mata pelajaran yang ditawar ==
P.S.B. boleh diambil bagi mata pelajaran yang ditawarkan (yang semuanya diajar di Hogwarts):
 
''Subjek wajib'': [[Mata pelajaran Hogwarts#Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam|Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam]], [[Mata pelajaran Hogwarts#Posyen|Posyen]], [[Mata pelajaran Hogwarts#Transfigurasi|Transfigurasi]], [[Mata pelajaran Hogwarts#Sejarah Sihir|Sejarah Sihir]], [[Mata pelajaran Hogwarts#Mantera|mantera]], [[Mata pelajaran Hogwarts#Astronomi|Astronomi]] dan [[Mata pelajaran Hogwarts#Herbologi|Herbologi]].
 
''Subjek elektif'': [[Mata pelajaran Hogwarts#Arithmansi|Arithmansi]], [[Mata pelajaran Hogwarts#Tulisan Purba|Tulisan Purba]], [[Mata pelajaran Hogwarts#Peramalan|Peramalan]], [[Mata pelajaran Hogwarts#Perjagaan Makhluk Ajaib|Perjagaan Makhluk Ajaib]] dan [[Mata pelajaran Hogwarts#Pengajian Muggle|Pengajian Muggle]]. Pelajar mesti mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif bermula Tahun Ketiga.
 
=== Pemarkahan ===
Apabila seseorang pelajar lulus P.S.B., dia dikatakan mempeolehi satu "Peringkat Sihir Biasa" (P.S.B.) dalam bidang sihir tersebut.
 
 
''Gred lulus:''
* C = Cemerlang
* B = Baik
* A = Agak Baik
 
''Gred gagal:''
* L = Lemah
* D = Dahsyat
* T = Trol (Gagal teruk)
 
Pada empat tahun pertama, lazimnya pelajar dikehendaki meluluskan mata pelajaran yang diambil sebelum melangkah ke tahap yang lebih tinggi pada tahun mendatang.
 
 
[[Kategori:Harry Potter]]
[[Kategori:Hogwarts]]
 
[[et:Tavalise Võluritaseme eksamid]]
[[en:Hogwarts#Grading and assessment]]
[[es:Título Indispensable de Magia Ordinaria]]
77,260

suntingan