Kesultanan Samudera Pasai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Naval Scene (bincang | sumb.)
k →‎Sejarah: standard
Naval Scene (bincang | sumb.)
Baris 10:
Di dalam Hikayat ini juga, baginda mempunyai dua orang cucu iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur. Selepas kemangkatan Malikul Zahir, Sultan Malikussalih melantik Malikul Mahmud sebagai pemerintah Pasai sementara adindanya, Malikul Mansur dijaga oleh Malikussalih sendiri. Beberapa tahun kemudian, Malikul Mansur telah dilantik oleh nendanya sebagai pemerintah baru kerajaan Samudera. Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan bahawa Malikul Mansur telah diturunkan takhta oleh kekandanya, Malikul Mahmud serta dibuang negeri kerana kesalahan baginda mengambil perempuan di Istana Pasai. Selepas itu, Malikul Mahmud telah memasukkan Samudera kedalam kerajaannya.
 
Pasai telah menjadi pusat perdagangan yang masyhur sekitar abad ke-13 hingga abad ke-14. Pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China, India dan Eropah telah singgah ke negeri ini untuk berdagang. Pasai dinyatakan di dalam buku ''Rihlah ilal-Masyriq'' (Pengembaraan ke Timur) oleh [[Ibn Battuta|Abu Abdullah ibn Battuta]] (1304-1368), seorang musafir Maghribi yang singgah di Pasai pada tahun 1345. Ibn Battuta menulis bahawa Sultan MalikMalikul az-Zahir dari negara ''Samatrah'' (Samudera-Pasai) menyambutnya dengan sangat ramah. Menurut Ibn Battuta, penduduk tempatan memeluk [[Mazhab Syafii]].<ref>Ferrand, Gabriel, (1914), ''Relations de voyages et textes geographiques : Arabes, Persan et Turks relatifs a l'Extreme-Orient du VIIIe au XVIIIe siecles'', traduits, II, pp. 440-450.</ref>. Selain itu, Pasai juga menjadi pusat penyebaran agama Islam dan tempat rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan Islam. Ini dapat dilihat ketika Kegemilangan Empayar Melayu [[Melaka]], sultan meminta pendapat kepada ulama-ulama Pasai sekiranya ada masalah agama. Selain itu, ulama-ulama Pasai juga menterjemahkan kitab-kitab agama dari bahasa [[Arab]] ke bahasa [[Melayu]].
 
[[Majapahit]] sempat menyerang dan menjarah Pasai pada pertengahan abad ke-14. Pasai kemudian diduduki Portugis pada tahun 1521, iaitu selepas 10 tahun penaklukan Melaka. Selepas itu, [[Kesultanan Aceh|Aceh]] mengambil alih peranan Pasai dan menjadi pusat perdagangan utama di Sumatera.