Kapal induk pesawat udara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArthurBot (bincang | sumb.)
Baris 8:
 
==Tatarajah asas==
 
Kapal induk memiliki dua tatarajah. Yang paling biasa mempunyai bahagian atas yang rata untuk kawasan pelancaran dan pendaratan kapal terbang. [[Manjanik kapal terbang]] berkuasa wap, memecut kapal terbang dengan pecutan penuh, daripada 0 kepada 265 [[kilometer]] sejam (165 bsj) dalam tempoh 2 saat semasa berlepas bagi membantu ia mencecah kelajuan berlepas. Untuk mendarat di atas kapal induk, kapal terbang yang mendarat yang bergerak pada kelajuan 240 kilometer sejam (150 bsj) dilengkapkan dengan pencangkuk ekor akan menangkap salah satu dari empat kabel penahan yang dipasang merentangi dek dan akan menghentikan kapal terbang dalam jarak 100 meter (320 kaki) selepas menangkap kabel tersebut.
 
Baris 13 ⟶ 14:
 
Dalam kedua-dua kes, kapal induk akan bergerak sehingga 35 knot (65 kilometer sejam) menghadap angin semasa operasi berlepas atau pendaratan agar meningkatkan kelajuan [[angin]] sebenar, dengan itu mengurangkan kelajuan yang diperlukan dibandingkan dengan kelajuan kapal.
 
CONTOH
* Kapal Pengangkut Pesawat
Kapal Pengangkut Pesawat (aircraft carrier) adalah kapal perang yang memainkan peranan untuk melancar dan mendaratkan jet-jet pejuang. Kapal pengangkut pesawat mampu membenarkan pasukan tentera laut untuk meletakkan kuasa udara di jarak jauh tanpa bergantung kepada pangkalan tempatan di darat bagi menyediakan landasan untuk kapal terbang berlepas/mendarat. Tentera laut moden, yang mengendalikan kapal sedemikian menganggap kapal pengangkut pesawat sebagai unit pusat angkatan, peranan yang sebelumnya dimainkan oleh kapal perang. Pertukaran, sebahagian dari pertumbuhan kuasa udara sebagai sebahagian kuasa penting dalam perperangan, berlaku ketika Perang Dunia II. Kapal pengangkut pesawat tanpa kapal pengiring dianggap lemah terhadap serangan peluru berpandu dan dengan itu bergerak sebagai sebahagian pasukan tempur kapal induk.
 
Kapal pengangkut pesawat biasanya merupakan kapal terbesar dikendalikan oleh tentera laut; kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz digerakkan dengan menggunakan dua reaktor nuklear dan empat reaktor turbin stim. Ia sepanjang 333 meter (1092 kaki) dan berharga sekitar AS$ 5 bilion. Amerika Syarikat memiliki kebanyakan dari kapal induk dengan lebih sedozen dalam perkhidmatan, dan kapal pengangkut pesawatnya merupakan batu asas (cornerstone) untuk menunjukkan keupayaan penonjolan kuasa Amerika Syarikat.
 
Sembilan negara memiliki kapal pengangkut pesawat: Amerika Syarikat, Perancis, India, Rusia, Sepanyol, Brazil, Itali, Thailand, dan United Kingdom. Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China memiliki kapal pengangkut pesawat bekas Kesatuan Soviet Varyag, tetapi kebanyakan pakar analisa percaya mereka tidak berminat mengendalikannya, tetapi menggunakan Varyag untuk mempelajari operasi kapal pengangkut pesawat bagi kapal pengangkut pesawat masa depan China.
 
==Jenis asas==