| products =
| services =
| divisionssubsid = [[Juita VidenEntertainment|Juita MediaEntertainment ServicesSdn Bhd]]
[[Filem Karya Nusa|Filem Karya Nusa Sdn Bhd]]
[[Filmscape|Filmscape Sdn Bhd]]
[[Luminous Production|Luminous Production Sdn Bhd]]
[[Skywalker TV]]
Juita VidenFacility LicensingHouse|Skywalker &TV MerchandisingFacility House Sdn Bhd]]
[[Berjaya HVN|Berjaya HVN Sdn Bhd]]
| subsid =
| homepage = http://www.juitaviden.com

'''Juita Viden Sdn Bhd'''(juga dikenali sebagai Juita Viden Group) ialah sebuah syarikat hiburan yang terbesar di Malaysia.
==Pengenalan Syarikat== Ia ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran kandungan [[televisyen]] di [[Malaysia]]. Ditubuhkan pada tahun 1978 oleholreh Datuk Foo Ah Kow, Juita Viden sudah menjadi antara pembekal kandungan televisyen yang terbesar di negara. Juita Viden kini beroperasi di Phileo Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bersama beberapa buah anak syarikat yang menerbitkan kandungan televisyen edarannyaedaannya.
==Perkhidmatan==
Juita Viden merupakan salah sebuah pengedar kandungan televisyen tempatan dan luar negara yang terbesar di Malaysia, menawarkan pelbagai genre rancangan seperti drama, komedi, filem, format permainan dan realiti, dan animasi. Perkhidmatan edaran Juita Viden tidak terhad di Malaysia, malah meliputi kebanyakan negara di Asia. Juita Viden telah membawa siri TV Amerika Syarikat seperti ''[[The X-Files]]'', ''[[24 (siri TV)|24]]'' dan ''[[Prison Break]]'' ke kaca TV Malaysia, serta membantu menerbitkan rancangan [[televisyen realiti]] tempatan ''[[Akademi Fantasia]]'' dan ''[[Fear Factor Malaysia]]'' dari format-format luar negara.
Unit Juita Viden Media Services membantu penyiar televisyen tempatan Malaysia, dan juga saluran serantau [[Nickelodeon South East Asia|Nickelodeon]] dan [[MTV Asia]], menjual ruang iklan bagi slot waktu penyiaran bahan-bahan edaran Juita Viden.<ref>[http://www.juitaviden.com/ser_air.html Airtime Sales]</ref>
===Penerbitan===
Kebanyakan usaha penerbitan rancangan tempatan di bawah Juita Viden dilakukan oleh empat buah anak syarikat, atauiaitu unit[[Juita penerbitan naungannyaEntertainment]], iaitu [[Filem Karya Nusa]], [[Filmscape]], [[Luminous Production]] dan [[Skywalker TV Facility House]]. Filem Karya Nusa terkenal kerana banyak meng[[alih suara]] animasi dan bahan televisyen luar negara ke [[bahasa Malaysia]] untuk tatapan penonton tempatan.<ref>[http://www.juitaviden.com/ser_fkn.html FKN Dubbing]</ref> Filmscape yang ditubuhkan oleh [[Kabir Bhatia]] dan Mira Mustaffa, menjadi antara penerbit drama televisyen paling diminati ramai seperti ''[[Manjalara]]'', ''[[Frontpage]]'', ''[[Kekasihku Seru]]'' dan ''[[Nur Kasih]]'', tidak lupa juga menjayakan filem-filem ''[[Cinta (filem)|Cinta]]'' dan ''[[Sepi]]''. Luminous merupakan penerbit [[rancangan permainan]] ''[[Deal or No Deal Malaysia]]'' dan ''[[Celebrity Karaoke]]'', rancangan hiburan berbahasa Cina ''[[Shout Out! It’s Show Time]]''. Selain menerbitkan rancangan televisyen, Skywalker juga khusus menghasilkan [[iklan]] televisyen.
===Lain-lain===
Unit Juita Viden Licensing & Merchandising berfungsi melesenkan perdagangan barangan cenderamata dan promosi acara istimewa dari rancangan-rancangan televisyen edaran Juita Viden.
Juita Viden bersama [[Kumpulan Berjaya Group]] menjalankan perniagaan jualan video ([[VCD]]/[[DVD]]) dengan label Berjaya HVN.
==Rujukan==