Islam di Brazil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ychmatematik (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Menurut statistik rasmi pada tahun 2000, terdapat 27,239 yang bermastautin di [[Brazil]]. Di negara ini tumpuan penduduk muslim adalah terletak pada daerah [[São Paulo]] dan [[Paraná]]. Sebahagian besar daripada mereka merupakan immigran [[Lubnan]] yang berhijrah daripada negara asal mereka akibat perang saudara Lubnan. Walaupun demikian, sesetengah surat khabar ,menganggar jumlah penduduk muslim di Brazil adalah di antara 56,000 kepada 70,000. Bagi authoriti Islam yang lain pula, bilangan muslim di Brazil adalah sekitar 1 juta kepada 1.5 juta termasuk penganut tempatan.[1]
 
==Islam dan Sejarah Pendudukan Afro-Brazil==
Sejarah muslim di Brazil bermula dengan adanya kemasukkan orang Afrika dalam bentuk hamba abdi ke dalam negara ini. Brazil telah menerima 37% daripada kesemua hamba abdi berbangsa Afrika yang diperdagangkan, dan dengan itu sebanyak 3 juta orang hamba berbangsa Afrika telah dihantar ke dalam negara ini. Sejak tahun 1550, orang [[Portugis]] telahpun menggunakan hamba berbangsa Afrika untuk berkerja di kebun tebu yang sebelum itu dimusnahkan oleh penduduk Tupi tempatan. Adapun sarjana yang menyatakan bahawa Brazil merupakan negara Amerika yang paling banyak menerima orang muslim berbangsa Afrika yang telah diperhambakan. Pada tahun 1835 di Bahia, muslim berbangsa pernah mengadakan satu pemberontakan. Peristiwa itu telah menyebabkan ramai orang terbunuh. Semenjak itu, pihak Portugis telah mengadakan langkah berjaga-jaga terhadap afro-muslim malah telah mempaksa mereka menganut agama Katholik[[Katolik]]. Walaupun demikian, komuniti muslim di Brazil tidak dapat dihapuskan begitu sahaja. Sehingga tahun 1900, dianggar masih terdapat 10,000 Afro Muslim yang hidup negara Brazil.[2]
 
==Immigrasi Muslim ke Brazil Moden==
Selepas melalui zaman assimilasi paksa terhadap Afro-Muslim, perkembangan Islam di Brazil telah memasuki satu era yang baru dengan adanya immigren Muslim Timur Tengah ke negara ini. Kebanyakkan mereka adalah berasal daripada [[Syria]] dan Lubnan.