Muzik permainan video: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Refimprove|date=Julai 2010}} '''Muzik permainan video''' merupakan mana-mana gubahan muzik atau runut bunyi (bahasa Inggeris: ''Soundtrack'') yang d...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 02:03, 29 Julai 2010

Muzik permainan video merupakan mana-mana gubahan muzik atau runut bunyi (bahasa Inggeris: Soundtrack) yang ditemui dalam apa jua judul permainan video. Muziknya boleh berubah daripada sejenis lagu alat sintesis primitif ataupun sebuah muzikal orkestra, di mana dalam kebanyakan kes lebih lama sesebuah judul permainan video itu, lebih ringkaslah gubahan muziknya. Pada zaman kini, banyak judul permainan video yang memiliki runut bunyi yang kompleks dan mempunyai ciri-ciri persamaan dengan runut bunyi yang dicipta until filem. Selain daripada itu, runut bunyi permainan video kini seringkali dijual berasingan secara komersial, dan kadang-kala dipersembahkan sebagai sebahagian daripada sesebuah konsert ataupun konsertnya tersendiri yang mungkin memberi tumpuan utama kepada muzik permainan video.[1] Muzik juga boleh menjadi sebuah elemen permainan yang penting dalam sesetengah judul permainan video (misalnya seperti permainan irama).