Umar bin Abdul Aziz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
Haji jamaluddin (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
==Biografi==
Umar dilahirkan pada tahun [[682]]<ref>http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/UmarAziz.htm</ref>. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di [[Madinah]] manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di [[Mesir]]. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada [[Khalifah]] [[Abdul Malik bin Marwan]]. Umar ialah cicit kepada [[Khalifah]] kedua [[Khulafa al-Rasyidin]] iaitu [[Saidina Umar Al-Khatab]].
 
===Menjadi Gabenor Madinah===
Baris 8:
 
==Menjadi Khalifah==
Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah [[Sulaiman bin Abdul Malik|Sulaiman]]. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya. Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan<ref>http://sunatullah.com/rahasia-kisah/khalifah-umar-abdul-aziz-yang-sederhana.html</ref>.
 
Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih [[khalifah]] yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.
Baris 15:
Umar juga melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan menyumpah [[Saidina Ali Abi Talib]] semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang [[Syariah]] dan menghapuskan amalan pembayaran cukai [[Jizyah]] terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.
 
Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar [[Ummaiyyah]], beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan<ref>http://www.islaam.com/Article.aspx?id=399</ref>.
 
== Kewafatan ==
Baris 45:
== Cebisan kata-kata menarik ==
 
<center><i>Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.</i></center><ref>http://www.sunnahonline.com/ilm/seerah/0043.htm</ref>
 
- Umar ibni Abd al-Aziz.
== Rujukan ==
 
{{reflist}}
== Pautan luar ==
*{{en}} [http://www.renaissance.com.pk/novletfor95.html Umar bin Abdul Aziz]