Gagak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 110.138.210.184 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh SieBot
Baris 16:
 
'''Burung Gagak''' adalah [[burung]] yang besar daripada [[genus]] ''Corvus'' dalam [[order]] [[Passeriformes]]. Saiznya berbeza-beza antara [[Burung Jackdaw]] ([[Burung Jackdaw Eurasia|Jackdaw Eurasia]] dan [[Burung Jackdaw Daurian|Jackdaw Daurian]]) yang agak kecil seolah-olah [[Burung Merpati|burung merpati]] sehingga ke [[Burung Raven Biasa]] yang besar di kawasan [[holarktik]] serta [[Burung Raven Paruh Tebal]] di tanah tinggi [[Ethiopia]]. Genus ini yang merangkumi lebih kurang 40 ahli hidup di semua [[benua]] ber[[iklim sederhana]] (kecuali [[Amerika Selatan]]), serta juga di banyak pulau luar pesisir dan pulau lautan (termasuk [[Hawaii]]).
Corvus brachyrhynchos 1.jpg
 
 
==Sistematik==
Tidak terdapat pendekatan sistematik yang baik untuk genus ini pada waktu sekarang. Secara amnya, spesies daripada sebuah kawasan geografi dianggap lebih berkait rapat antara satu sama lain berbanding dengan keturunan-keturunan yang lain, tetapi ini tidak semestinya betul. Umpamanya, sedangkan kumpulan Burung Gagak Karion/Kolar/Rumah sudah tentu amat berkait dengan satu sama lain, keadaannya tidak begitu jelas tentang spesies-[[spesies]] di [[Australia]] dan [[Melanesia]].
 
Walaupun terdapat banyak rekod [[fosil]] [[Neogen]] di [[Eropah]], hubungan-hubungan antara kebanyakan spesies prasejarah tidak jelas. Burung-burung dengan saiz burung jackdaw, gagak, dan raven kelihatan telah wujud semenjak lama lagi, dengan burung-burung gagak yang sering diburu oleh [[manusia]] sejak dari [[Zaman Besi]] mendokumenkan evolusi takson-[[takson]] moden. Sebaliknya, burung-burung gagak Amerika tidak didokumenkan dengan begitu baik.
 
Sebilangan spesies yang amat besar dan mengejutkan telah [[Kepupusan|pupus]] selepas penerokaan manusia; kehilangan sejenis burung gagak [[Caribbean]] prasejarah mungkin diakibatkan oleh perubahan-perubahan iklim [[Zaman Ais]] yang terakhir.
 
==Pemburuan==
Menurut peraturan-peraturan persekutuan di [[Amerika Syarikat]], pemburuan burung gagak adalah sah di sisi [[undang-undang]] bagi kebanyakan negeri, biasanya antara sekitar bulan Ogos hingga akhir bulan Mac, dan pada bila-bila masa sahaja jika burung itu mengakibatkan kacau ganggu atau bahaya kesihatan. Bilangan yang boleh diburu tidak dihadkan semasa "musim pemburuan burung gagak".
 
Di [[United Kingdom]], pembunuhan atau pemburuan burung gagak di kawasan-kawasan liar diharamkan.
 
==Evolusi==
Burung Gagak kelihatan berevolusi dari [[Asia Tengah]] dan kemudian tersebar masuk ke [[Amerika Utara]], [[Eropah]], dan [[Australia]].
 
Bagaimanapun, [http://www.pnas.org/cgi/content/abstract/0401892101v1 bukti] terkini kelihatan menunjukkan Australasia sebagai asal untuk [[famili]] yang awal (Corvidae) melalui cabang yang melahirkan kumpulan-kumpulan moden seperti [[Burung Gagak Eurasia]], [[Burung Murai]], dan Burung ''Corvus'' yang berwarna hitam sebahagian besarnya. Burung-burung gagak telah lama meninggalkan Australasia dan kini berkembang di [[Asia]]. Agak baru-baru ini, ''Corvus'' telah masuk semula ke Australia dan melahirkan lima [[spesies]] serta satu subspesies yang dapat dicamkan.
 
Untuk maklumat tambahan tentang saudara-saudara burung gagak seperti [[Burung Murai]] dan [[Burung Gagak Eurasia]], sila lihat [[Corvidae]].
 
==Pautan luar==
{{commonscat|Corvus}}
*[http://www.birds.cornell.edu/crows/crowfaq.htm Soalan Lazim mengenai Burung Gagak]
 
*[http://www.birdhouses101.com/crow.asp Laman web ''BirdHouses101.com'']
*[http://www.crows.net/ Laman web ''Crows.net'': Bahasa dan Budaya Burung Gagak]
*[http://nationalzoo.si.edu/Publications/ZooGoer/2005/6/Books_naturally_ND_05.cfm Bersama-sama dengan Burung Gagak dan Burung Raven] – oleh John M. Marzluff dan Tony Angell
*[http://www.clcookphoto.com/crows.htm Gambar-gambar foto dan ulasan-ulasan Burung Gagak]
*[http://www.sciencemag.org/feature/data/crow/ Video mengenai Burung Gagak membuat dan menggunakan alat-alat]
*[http://users.ox.ac.uk/~kgroup/tools/tools_main.shtml Lebih banyak maklumat tentang penggunaan alat oleh Burung Gagak, dengan rujukan]
*[http://ibc.hbw.com/ibc/phtml/familia.phtml?idFamilia=188 Video-video Burung Gagak dalam Koleksi Burung Internet]
 
 
{{Senaraiburung}}
 
[[Kategori: Burung|Gagak]]
[[Kategori: Passeriformes|Gagak]]
 
[[af:Kraai]]
[[ar:غراب]]
[[gn:Yryvu]]
[[id:Gagak]]
[[bn:কাক]]
[[zh-min-nan:O͘-ah]]
[[cy:Brân]]
[[pdc:Grabb]]
[[de:Raben und Krähen]]
[[nv:Gáagii]]
[[et:Vares]]
[[en:Crow]]
[[eo:Korvo]]
[[fa:کلاغ]]
[[hak:Vû-â]]
[[ko:까마귀속]]
[[hi:कौआ]]
[[hr:Gavrani]]
[[io:Korvo]]
[[he:עורב]]
[[sw:Kunguru]]
[[la:Corvus]]
[[lt:Varnos]]
[[li:Krejje]]
[[hu:Varjú]]
[[mg:Crow]]
[[ml:കാക്ക]]
[[mzn:کلاج]]
[[ja:カラス]]
[[pl:Kruk i wrona w kulturze]]
[[pt:Corvo]]
[[ru:Вороны]]
[[sah:Тураах]]
[[simple:Crow]]
[[fi:Varikset (suku)]]
[[ta:காகம்]]
[[th:นกกา]]
[[chr:ᎪᎦ]]
[[tr:Karga]]
[[uk:Ворона]]
[[za:Roegga]]
[[wa:Coirbå]]
[[zh:乌鸦]]