Politik Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 110.159.127.212 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Aurora
Baris 22:
Seperti kehendak segelintir masyarakat Muslim terdiri daripada majoriti Melayu mewujudkan sebuah [[Negara Islam|negara Islam]], desakan bukan Melayu untuk hak samarata adalah sesuatu daripada [[Constitution of Malaysia|perlembagaan]] tidak dapat disesuaikan. Bagi desakan yang mencucuk dalam suatu sistem politik— satu sistem yang berdasarkan kecemerlangan politik orang Melayu. Satu desakan yang mencabar punca kuasa autoriti pemerintahan orang Melayu.
 
Pada awal September 1998, Perdana Menteri [[Mahathir bin Mohamad]] telah memecat Timbalan Perdana Menteri [[Anwar Ibrahim]] atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral dan juga korupsi. Anwar mengatakan bahawa penyingkirannya adalah kerana perbezaan politik antaranya dan Mahathir. Beliau telah melancarkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk mendesak diadakan reformasi pada sistem politik Malaysia. Kemudiannya, Anwar telah ditangkap, dipukul ketika ditahan di penjara (termasuk dipukul oleh Ketua Polis Negara), dan didakwa dengan kesalahan melakukan [[rasuah]], dalam kedua-dua konteks undang-undang dan moral, pendakwaan-pendakwaan termasuklah [[halangan keadilan]] dan [[undang-undang sodomi|liwat]]. Pada bulan April 1999, beliau telah didapati bersalah kepada empat pendakwaan korupsi dan telah dijatuhkan penjara selama 6 tahun. Pada bulan Ogos 2000, Anwar telah didapati bersalah pada pendakwaan liwat dan telah dijatuhkan 9 tahun berturut-turut selepas kesalahan yang dijatuhkan selama 6 tahun tersebut. Kedua-dua perbicaraan telah dipandang oleh pemerhati tempatan dan antarabangsa sebagai tidak adil. Sabit kesalahan Anwar terhadap kes liwat telah ditukar menjadi sebaliknya, dan beliau telah menyempurnakan 6 tahun penjara bagi korupsi, beliau telah dibebaskan daripada penjara. Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999|pilihan raya umum November 1999]], [[Barisan Nasional]] telah kembai berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72. Pakatan pembangkang [[Barisan Alternatif]], yang telah diketuai oleh [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS), telah meningkatkan kerusinya kepada 42. PAS kembali mengawal kerajaan negeri [[Kelantan]] dan telah memenangi kerajaan negeri [[Terengganu]].
 
[[Perdana Menteri Malaysia|Perdana menteri]] kini adalah Dato' Seri [[Abdullah Ahmad Badawi]] (lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak Lah'). Beliau mengambil alih pentadbiran berikutan [[persaraan]] [[Mahathir bin Mohamad|Dr. Mahathir]] (sekarang Tun Dr. Mahathir) pada [[31 Oktober]] [[2003]]. Abdullah Badawi dilihat sebagai tokoh yang lebih bertolak ansur dan lemah-lembut jika dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir yang gayanya lebih berterus terang dan bersifat konfrontasi. Beliau berikrar untuk meneruskan dasar-dasar berorientasikan agenda [[pembangunan]] Tun Dr. Mahathir, sementara itu membuat kurang kenyataan pengistiharan berkaitan dasar luar berbanding Tun Dr. Mahathir, yang kerap kali menyelar negara-negara barat, iaitu [[Amerika Syarikat]] dan [[Australia]] secara khusus.