Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984''' adalah suatu [[Senarai Akta Parlimen Malaysia|akta Malaysia]] bagi menggubal undang-undang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan. [[Akta]] ini memansuhkan Akta Mesin Cetak 1948 dan Akta Kawalan Penerbitan Diimport 1958.
 
==Tujuan akta==
Menurut tulisan Rohani Ibrahim di dalam bahagian rencana Utusan Melayu pada 4 Ogos 2010, akta ini diperkenalkan bagi mengawal pengeluaran lesen mesin cetak serta permit penerbitan untuk pelbagai media cetak termasuklah akhbar parti politik dan akhbar harian. <ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm "Garis panduan masih relevan", Utusan Online. 4 Ogos 2009.]</ref>
Akta ini mempunyai beberapa garis panduan bertujuan mengawal segala kandungan penerbitan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, mengelirukan masyarakat melalui kenyataan yang tidak benar, memudaratkan keselamatan negara dan menggugat keharmonian negara dengan menyentuh isu perkauman.
 
==Prosedur KDN==
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran [[Kementerian Dalam Negeri]](KDN), Datuk Zaitun Abdul Samad ketika ditemui di pejabatnya di [[Putrajaya]] telah berkata, KDN bertanggungjawab memastikan media cetak tidak mengandungi sebarang unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, mengancam keselamatan negara dan menggugat kesejahteraan rakyat.
Mengulas mengenai tanggapan pihak tertentu bahawa akta dan garis panduan yang digunapakai oleh KDN dalam mengawal penerbitan tidak lagi relevan, Zaitun menjelaskan, setiap permit dan lesen yang dikeluarkan perlulah ada garis panduannya.
Baris 9 ⟶ 12:
Zaitun turut menafikan dakwaan bahawa KDN mengamalkan dasar berat sebelah dalam mengambil tindakan ke atas penerbitan yang melanggar garis panduan kerana sebarang tindakan adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang.
 
''Secara umum, sebahagian besar daripada penerbit cuba sedaya-upaya mematuhi garis panduan KDN. Tidak dinafikan terdapat penerbitan dilihat begitu sering melanggar garis panduan, namun tidak eloklah jika saya dedahkan nama penerbitan berkenaan.''
 
''Tindakan yang dikenakan adalah secara berperingkat iaitu membuat panggilan kepada syarikat penerbitan berkenaan, menegur, memberikan peringatan, amaran dan akhir sekali surat tunjuk sebab," katanya.''
 
Mengulas mengenai pemantauan yang dilakukan oleh KDN, jelas Zaitun, pada setiap hari bekerja, pihak KDN akan mengambil akhbar tempatan dalam semua bahasa seawal pukul 5 pagi.