Kekhalifahan Cordoba: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zorrobot (bincang | sumb.)
k bot menambah: da:Córdoba-kalifatet
Xqbot (bincang | sumb.)
Baris 1:
[[Fail:Mosque of Cordoba Spain.jpg|thumb|200px|right|Bahagian dalam [[Mezquita]], salah satu contoh terbaik seni bina Islam Umayyah di Sepanyol]]
'''Pemerintahan Khalifah Cordoba''' memerintah [[Semenanjung Iberia]] dan [[Afrika Utara]] dari bandar [[Cordoba]] bermula dari tahun 929 hingga tahun 1031. Tempoh ini diwarnai dengan kejayaan ketara dalam bidang perdagangan dan kebudayaan; banyak karya agung Islam [[Sepanyol]] dibina dalam tempoh ini, antaranya [[Mezquita|Masjid Jami Cordoba]]. [[Abd al-Rahman III]] mengisytiharkan dirinya sebagai [[Khalifah]] pada 16 Januari 929; sebelum ini beliau dikenali sebagai Amir Cordoba (penguasa bandar Cordoba). Kesemua khalifah Cordoba adalah ahli keluarga [[Bani Umayyah]]. Bani Umayyah memegang gelaran Amir Cordoba dan memerintah wilayah tersebut sejak tahun 756. Kekhalifahan Cordoba mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Khalifah Hisham II dan pengganti kepada Perdana Menterinya, al-Mansur ibn Abi al-Aamir. Kekhalifahan Cordoba telah berakhir pada tahun 1031 dan menjadi beberapa buah wilayah yang berasingan.
 
== Kegemilangan ==
Kekhalifahan Cordoba telah menikmati tempoh kejayaan sepanjang kurun ke-10. [[Abd-ar-Rahman III]] bukan sahaja menyatukan al-Andalus, bahkan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan Kristian di utara secara paksaan dan diplomasi. Abd-ar-Rahman berjaya menghalang pengaruh Fatimiyah daripada merebak ke tanah khalifah di Morocco dan al-Andalus. Tempoh kejayaan ini ditandakan dengan pembuatan hubungan diplomatik dengan puak Afrika Utara, kerajaan Kristian di utara, Perancis dan German serta kerajaan Byzantine. Kematian Abdul-ar-Rahman III memberi peluang kepada kenaikan puteranya Al-Hakam II yang berumur 46 tahun ketika itu sebagai khalifah. Al-Hakam II, lebih kurang sama seperti ayahandanya, berdepan dengan beberapa pemberontakan kerajaan Kristian di utara Iberia dan cuba memadamkankannya sebelum ianya merebak. Tidak seperti ayahandanya, kebergantungan Al-Hakam II ke atas para penasihatnya adalah lebih berasingan.
 
== Kejatuhan ==
Kematian [[al-Hakam II]] pada tahun 976 menandakan bermulanya zaman kejatuhan kekhalifahan Cordoba di al-Andalus. Sebelum kematiannya [[Al-Hakam II]] telah menamakan puteranya Hisham II yang berusia 10 tahun ketika itu sebagai penggantinya. Memandangkan kanak-kanak tidak layak menjadi khalifah dan mempunyai darah keturunan yang sama dengannya, [[al-Mansur ibn Abi al-Aamir]] (Perdana Menteri kepada bapa Hisham), mengisytiharkan Hisham II sebagai khalifah. Ibn Al-Aamir menjadi pengawal kepada Hisham II dan menjadi pemangkunya sehingga beliau cukup umur. Oleh itu beliau mengasingkan Hisham II di Cordoba sementara cuba menyingkirkan lawannya. Beliau membenarkan orang Barbar dari Afrika Utara berhijrah ke Andalus untuk mengukuhkan kedudukannya. Ibn al-Amir memerintah dengan kejam jika dibandingkan dengan [[Abd-ar-Rahman III]]. Beliau tidak malu menggunakan paksaan untuk memastikan orang-orang Kristian dalam pemeriksaan. Ibn al-Aamir dan penggantinya yang juga anaknya, Abd al-Malik (al-Muzaffar), meneruskan pemegangan kuasa daripada Hisham II sehingga tahun 1008 apabila al-Muzaffar meninggal dunia dan adiknya Abdul al-Rahman mendesak untuk menjadi pengganti kepada Khalifah Hisham II tetapi Hisham II enggan. Di utara Iberia, satu pemberontakan berlaku di seluruh Cordoba. Abd al-Rahman tidak dapat memadamkan pemberontakan tersebut.
 
Keputusan untuk menamakan Hisham II sebagai khalifah telah memindahkan kuasanya dari individu kepada para penasihat. Gelaran khalifah hanya menjadi simbol dan ianya tidak mempunyai sebarang kuasa. Jawatan khalifah sentiasa menjadi rebutan. Khalifah kerajaan Umaiyah yang terakhir di Andalus ialah [[Hisham III]] (1027-1031). Dengan beberapa pecahan, Kekhalifahan Cordoba akhirnya tumbang pada tahun 1031 dan menjadi beberapa buah kerajaan yang berasingan.
 
== Ekonomi ==
Baris 20:
 
 
== Senarai pemerintah ==
=== Emir Umayyah di Córdoba ===
* [[Abd ar-Rahman I]], 756–788
* [[Hisham I]], 788–796
* [[al-Hakam I]], 796–822
* [[Abd ar-Rahman II]], 822–852
* [[Muhammad I of Córdoba|Muhammad I]], 852–886
* [[al-Mundhir]], 886–888
* [[Abdallah ibn Muhammad]], 888–912
* [[Abd ar-Rahman III]], 912–929
 
=== Khalifah Umayyah Córdoba ===
 
* [[Abd ar-Rahman III]], sebagai khalifah, 929–961
* [[Al-Hakam II]], 961–976
* [[Hisham II]], 976–1008
* [[Mohammed II of Córdoba|Muhammad II]], 1008–1009
* [[Suleiman II of Córdoba|Sulayman II]], 1009–1010
* [[Hisham II]], restored, 1010–1012
* [[Sulayman II of Córdoba|Sulayman II]], restored, 1012–1016
* [[Abd ar-Rahman IV]], 1017
 
Dinasti Ummayah yang dimusnahkan oleh [[Dinasti Hammudid]]:
Baris 51:
Dinasti Ummayah yang kembali kepada kekuasaan:
 
* [[Abd-ar-Rahman V]], 1023–1024
* [[Muhammad III of Córdoba|Muhammad III]], 1024–1025
* Yahya ibn Ali ibn Hammud al-Mu'tali, 1025-1026
* [[Hisham III]], 1026–1031
 
== Lihat juga ==
Baris 98:
[[sv:Kalifatet Córdoba]]
[[ta:கார்டோபா உமய்யா கலீபகம்]]
[[th:อาณาจักรกาหลิปแห่งกอร์โดบากาหลิบแห่งกอร์โดบา]]
[[tr:Endülüs Emevi Devleti]]
[[uk:Кордовський халіфат]]