Perbezaan antara semakan "Pilihan raya umum Malaysia 1964"

tiada ringkasan suntingan
{{Politik Malaysia}}
 
'''Pilihan Raya Umum Malaysia 1964''' merupakan pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan [[Malaysia]] pada [[16 September]] [[1963]], serta pilihan raya umum yang kedua selepas [[kemerdekaan]] [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada [[31 Ogos]] [[1957]]. Bagaimanapun, [[Sabah]] dan [[Sarawak]] tidak menyertai pilihan raya umum ini dan oleh itu, bilangan kerusi dalam [[Dewan Rakyat]] dikekalkan pada bilangan 104.
 
Dalam pilihan raya umum ini, [[Parti Perikatan]] memenangi 89 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 85.6% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 58.5% daripada jumlah undi. Bagaimanapun, prestasi ini merupakan satu perbaikan yang amat besar, iaitu satu kenaikan sebanyak 20.3% dalam bilangan kerusi berbanding [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1959|pilihan raya umum yang dahulu]]. Pencapaian 85.6% ini juga adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu]] untuk membentuk kerajaan.
 
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 15 kerusi yang tinggal, berbanding 30 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang dahulu. Dengan kata yang lain, kekuatan mereka dalam Dewan Rakyat dikurangkan menjadi hanya separuh.
 
Dalam pilihan raya ini, [[Parti Perikatan]] memenangi 123 daripada 159 kerusi [[Parlimen Malaysia|parlimen]], iaitu satu majoriti 77.4% dalam [[Dewan Rakyat]] yang melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu]] untuk menubuhkan kerajaan. Parti Perikatan ialah sebuah parti campuran yang terdiri daripada [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO), [[Persatuan Cina Malaysia|Persatuan Cina Malaya]] (MCA), dan [[Kongres India Se-Malaysia|Kongres India Se-Malaya]] (MIC).
 
==Lihat juga==
* [[Politik Malaysia]]
* [[Pilihan Raya Malaysia]]
 
==Rujukan==
* [http://www.iseas.edu.sg/trends120.pdf Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya] (PDF) – satu himpunan kerta kertas 62-halaman daripada Institut Penyelidikan Asia Tenggara.
 
{{stub}}
 
[[Kategori: Pilihan raya umum Malaysia ]]
28,020

suntingan