Gavrilo Princip: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
DSisyphBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: gd:Gavrilo Princip
MondalorBot (bincang | sumb.)
k Bot menambah: be-x-old:Гаўрыла Прынцып; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImageFail:gavrilloprincip.jpg|thumb|200px|right|Gavrilo Princip di dalam sel penjara [[Theresienstadt]]]]
 
'''Gavrilo Princip''' ([[bahasa Cyrillic Serbia]]: ''Гаврило Принцип'' ; [[25 Julai]] [[1894]] – [[28 April]] [[1918]]) ialah ahli [[Pemuda Bosnia]] (sebuah [[kongsi gelap]] [[Serbia]]) yang membunuh [[Archduke Franz Ferdinand dari Austria]] dan isterinya, [[Sophie, Duchess dari Hohenberg]] di [[Sarajevo]] pada [[28 Jun]] [[1914]]. Peristiwa itu yang dikenali sebagai [[pembunuhan di Sarajevo]] mencetuskan tindak balas [[Austria]] terhadap [[Serbia]] dan mengakibatkan [[Perang Dunia I]].
 
 
== Kehidupan awal ==
Princip dilahirkan di [[Obljaj]], sebuah desa yang berhampiran dengan [[Bosansko Grahovo]], [[Bosnia dan Herzegovina]], kepada seorang posmen. Ibu bapanya, Petar dan Marija ''Nana'' Mičić, mempunyai sembilan orang anak, iaitu lima orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan. Enam daripada anak-anak mereka meninggal dunia ketika masih [[kanak-kanak]]. Kesihatan Princip juga tidak baik. Dari masa awal lagi, dia menghidap [[batuk kering]]. Ini kemudian menjadi sebab kematiannya pada tahun [[1918]], dan juga merupakan salah satu sebab mengapa Princip membunuh Archduke Ferdinand.
 
Baris 11:
Pada Februari [[1912]], Princip mengambil bahagian dalam tunjuk-[[tunjuk perasaan]] untuk membantah pihak berkuasa [[Sarajevo]]. Disebabkan penyertaannya itu, Princip dibuang [[sekolah]]. Menyusul pembuangan ini, dia pergi ke [[Belgrade]]. Semasa menyeberangi sempadan, dia mencium tanah Serbia. Di Belgrade, Princip mencuba menyertai [[Gimnasium (sekolah)|Gimnasium]] Belgrade Pertama, tetapi gagal dalam peperiksaan kemasukannya.
 
Pada tahun 1912, Serbia sedang sibuk dengan [[pengerahan]] untuk [[Perang Balkan Pertama]]. Princip berhasrat untuk menyertai ''komite'', angkatan [[tentera]] [[gerila]] bukan tetap di bawah [[Vojislav Tankosic]], seorang [[mejar]] Serbia yang pernah bertempur dengan unit-unit Turki Uthmaniyyah di [[Macedonia (kawasan)|Macedonia]]. Tankosic ialah seorang ahli jawatankuasa pusat untuk kongsi gelap ''Penyatuan atau Kematian'' (''Ujedinjenje ili Smrt''). Bagaimanapun, Princip ditolak oleh ''komite'' di Belgrade kerana dia rendah dan kecil. Dia kemudian pergi ke [[Prokuplje]] di Serbia Selatan untuk mencari Tankosic. Bagaimanapun, Tankosic juga menolaknya kerana dia "terlalu kecil dan terlalu lemah". Princip kemudian berazam untuk mengimbangi saiznya yang tidak sempurna serta penganggaran kurang terhadap keupayaannya. Dedijer memperdebatkan bahawa penolakannya itu merupakan "salah satu niat peribadi yang utama yang mendorongnya untuk membuat sesuatu yang amat berani dan luar biasa supaya dapat membuktikan kepada orang-orang lain bahawa dia adalah sebanding dengan mereka."
 
== Pembunuhan ==
{{Main|Pembunuhan di Sarajevo}}
=== Latar belakang ===
[[ImejFail:Princip arrested.jpg|thumb|300px|right|Pada suatu masa, gambar foto ini dipercayai menunjukkan penangkapan Princip. Gambar ini kini telah disahkan sebagai menggambarkan penangkapan seorang orang lalu Jerman yang mencuba menyelamatkan Princip daripada digantung tanpa perbicaraan.]]
 
Pada [[28 Jun]] [[1914]], Gavrilo Princip menyertai [[pembunuhan di Sarajevo]]. Jeneral [[Oskar Potiorek]], [[gabenor]] provinsi-[[provinsi]] [[Bosnia-Herzegovina]] Austria, telah menjemput [[Archduke Franz Ferdinand dari Austria|Franz Ferdinand]] dan [[Sophie, Duchess dari Hohenberg|Countess Sophie]] untuk menonton pertunjukan manuver angkatan-angkatannya. Ferdinand mengetahui bahawa lawatannya amat berbahaya kerana bapa saudaranya, [[Franz Josef I dari Austria|Maharaja Franz Josef]], pernah menjadi sasaran pembunuhan oleh Tangan Hitam pada tahun [[1911]]. Princip memang tidak sedar akan akibat keganasannya terhadap dunia selepas perbuatannya itu.
 
=== Garis masa ===
Sejurus sebelum pukul sepuluh pagi pada hari Ahad, pasangan diraja tiba di [[Sarajevo]] melalui [[kereta api]]. Di dalam gerabak depan ialah [[Fehim Curcic]], [[Datuk Bandar]] Sarajevo, dan Dr. Gerde, [[Pesuruhjaya Polis]] bandar raya. Ferdinand dan Sophie duduk di gerabak kedua, bersama-sama dengan Oskar Potiorek dan [[Count von Harrach]]. Bahagian atas gerabak itu digulungkan ke belakang untuk membenarkan orang ramai mendapat pemandangan yang terang tentang penumpang-penumpangnya.
 
Baris 33:
Selepas berputus asa, Princip telah pergi ke kedai kopi Moritz Schiller untuk membeli [[sandwic]] apabila dia nampak kereta Ferdinand yang telah mengambil belokan yang salah. Pemandu itu sedang mengundurkan kereta setelah menyedari kesilapannya. Dengan berbuat demikian, dia bergerak dengan perlahan dan lalu dekat Princip yang sedang menunggu. Princip melangkah ke depan dan pada jarak lebih kurang lima [[Kaki (ukuran)|kaki]], menembak beberapa kali ke dalam kereta itu dengan pistolnya. Ferdinand ditembak pada lehernya, manakala Sophie kena perutnya. Sophie yang kemudian didapati mengandung mati dengan serta merta. Ferdinand yang tidak mempercayai kematian Sophie mendesak bahawa dia bangun. Beliau kemudian pengsan dalam masa lima minit dan seterusnya meninggal dunia.
 
=== Penangkapan dan pemenjaraan ===
Princip mencuba [[Pembunuhan diri|membunuh diri]] melalui memakan [[sianada]] dan kemudiannya menggunakan pistolnya untuk menembak diri sendiri. Akan tetapi dia muntah (seperti dengan [[Nedeljko Cabrinovic]]) dan oleh itu, pihak polis mempercayai bahawa kongsi gelapnya telah ditipu dan telah membeli [[racun]] yang jauh lebih lemah. Pistol digelut dari tangan Princip sebelum dia dapat menembak lagi sekali. Disebabkan Prinsip terlalu muda pada masa pembunuhan (umur 19 tahun) untuk menjalani hukuman mati, dia menerima hukuman [[pemenjaraan]] selama dua puluh tahun, iaitu hukuman yang maksimum. Dia dikurung dalam keadaan yang teruk, dan ini diburukkan lagi oleh peperangan. Prinsip meninggal dunia disebabkan [[batuk kering]] pada [[28 April]] [[1918]] di [[Theresienstadt]]. Pada masa kematiannya, berat Prinsip hanya di sekitar 40 [[kilogram]] (88 [[paun]]).
 
=== Maklumat lain ===
[[Pistol]] yang digunakan oleh Princip merupakan [[pistol separa automatik]] [[Model FN 1910|M 1910]] [[Fabrique Nationale]], dengan [[kaliber]] 7.65×17 mm ([[.32 ACP]]). Pistol itu baru-baru ditemui dan diperoleh dari rumah keluarga Copei [[Itali]], dan kini dipamerkan di [[Muzium Heeresgeschichtliches|Muzium Sejarah Tentera, Vienna, Austria]]. Peluru kedua yang ditembak oleh Princip dan yang membunuh Ferdinand, disimpan sebagai barang pameran muzium di Istana Kota [[Konopiste]], berhampiran dengan bandar [[Benesov]], [[Republik Czech]].
 
Baris 47:
: ''Eropah akan menangis.''
 
== Rujukan ==
{{commons|Category:Gavrilo Princip}}
* [http://www.spartacus.schoolnet.co.uk/FWWprincip.htm Schoolnet.co.uk: Gavrilo Princip]
* [http://www.firstworldwar.com/bio/princip.htm Siapa-siapa orangnya dalam Perang Dunia I] – Gavrilo Princip di firstworldwar.com
 
[[Kategori: Sejarah Serbia]]
 
[[Kategori: Sejarah Serbia]]
 
[[an:Gavrilo Princip]]
Baris 61 ⟶ 60:
[[jv:Gavrilo Princip]]
[[be:Гаўрыла Прынцып]]
[[be-x-old:Гаўрыла Прынцып]]
[[bs:Gavrilo Princip]]
[[bg:Гаврило Принцип]]