28,020
suntingan
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
{{Politik Malaysia}}
'''Pilihan Raya Umum Malaysia 1990'''
Selepas pemilihan [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO) pada tahun [[1987]], UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Dr Mahathir di bawah UMNO Baru dan Pasukan B yang diketuai oleh [[Tengku Razaleigh Hamzah]] di bawah parti [[Semangat 46]] (sila lihat [[Krisis Perlembagaan Malaysia 1988]]). Semangat 46 kemudian menubuhkan sebuah parti campuran dengan [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS) untuk bertanding dengan UMNO Baru.
==Keputusan pilihan raya==
Sebagaimana yang dijangka, parti campuran [[Barisan Nasional]] mengekalkan majoritinya dalam [[Parlimen Malaysia|parlimen]] dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Dengan kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalam [[Dewan Rakyat]], ini merupakan 70.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 53.4% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%. Bagaimanapun, ini adalah satu pencapaian yang hebat, memandangkan perpecahan UMNO.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 46.6% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 53 kerusi yang tinggal, iaitu 29.5% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, [[Lim Kit Siang]] daripada [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
==Lihat juga==
*[[Politik Malaysia]]▼
*[[Pilihan Raya Malaysia]]
*[[Proses Pilihan Raya di Malaysia]]
▲*[[Politik Malaysia]]
==Rujukan==
* [http://www.iseas.edu.sg/trends120.pdf Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya] (PDF) – satu himpunan kerta kertas 62-halaman daripada Institut Penyelidikan Asia Tenggara selepas pilihan raya 1999.
|
suntingan