Perbezaan antara semakan "Pilihan raya umum Malaysia 1982"

tiada ringkasan suntingan
'''Pilihan Raya Umum Malaysia 1982''' merupakan pilihan raya umum yang ke-6 di [[Malaysia]], dan pilihan raya umum yang pertama sejak [[Mahathir bin Mohammad|Dr Mahathir bin Mohammad]] menjadi [[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri]]. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran [[Barisan Nasional]] mengekalkan majoritinya dalam [[Parlimen Malaysia|parlimen]] dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
 
 
==Keputusan pilihan raya==
Dengan kemenangan 132 kerusi daripada 154 kerusi dalam [[Dewan Rakyat]], ini merupakan 85.7% daripada jumlah kerusi, dan merupakan pencapaian yang kedua tertinggi sejak kemerdekaan ketika itu. Pencapaian tertinggi adalah pada tahun [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1974|1974]] semasa [[Tun Abdul Razak]] merupakan Perdana Menteri dan ini mungkin disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas kejadian [[Peristiwa 13 Mei]] pada tahun [[1969]].
 
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 39.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 22 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, [[Lim Kit Siang]] daripada [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
 
 
==Lihat juga==
28,020

suntingan