Jabatan Agama Islam Selangor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
 
[[Fail:jais-logo.jpg|thumb|right|Logo JAIS]]
 
'''Jabatan Agama Islam Selangor''' (singkatan:'''JAIS''') adalah sebuah jabatan di bawah pentadbiran [[Majlis Agama Islam Selangor]] (MAIS). Pengarahnya terkini adalah Dato' Haji [[Mohammed Khusrin bin Haji Munawi]]. Tujuan utama JAIS adalah untuk menguruskan hal ehwal [[Islam]] di negeri [[Selangor]]
 
== Sejarah ==
Baris 30 ⟶ 29:
*Merancang dan melaksanakan latihan ke arah meningkatkan kualiti pengurusan Hal Ehwal Islam.
*Memastikan sistem penyampaian Pengurusan Hal Ehwal Islam di peringkat daerah berjalan dengan cekap dan berkesan.
 
== Operasi JAIS ==
 
JAIS memberikan perkhidmatan kepada perkara-perkara yang berikut:-
 
===Perkahwinan dan kekeluargaan===
 
====Kursus Pra Perkahwinan====
 
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh [[Jabatan Kemajuan Islam Malaysia]] (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.
 
Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
===Pemakanan===
 
====Sijil Halal====
 
Sijil Pengesahan halal dan Logo adalah merupakan suatu pengiktirafan yang menunjukkan kehalalan sesuatu hasil makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam berasaskan kepada hukum Syarak yang diamalkan dalam negeri Selangor. Ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan dan keraguan yang timbul dikalangan pengguna Islam berkaitan dengan kehalalan atau kesucian sesuatu makanan, minuman dan bahan gunaan yang dikeluarkan dalam negeri ini.
 
Ia perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Premis yang membuat penyediaan / pemprosesan / masakan makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.
 
Semua pengusaha makanan,bahan gunaan dan pihak yang berkaitan yang dapat memenuhi kriteria-kriteria halal yang telah ditetapkan dalam " Garis Panduan" berkenaan layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal.
 
===Pendidikan===
 
Pendidikan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS. Ia merangkumi sekolah-sekolah agama yang terletak di Selangor.
 
== Lihat juga ==