Maharaja Yung Lo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: mr:याँग-ल; perubahan kosmetik
Zamwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17:
}}
 
'''Maharaja Yongle''' ([[Wade-Giles]]: Yung-lo; [[2 Mei]] [[1360]] – [[12 Ogos]], [[1424]]), dilahirkan sebagai '''Zhu Di''' ('''''Chu Ti''''') , merupakan [[maharaja]] ketiga dari [[Dinasti Ming]] yang telah memerintah [[China]] bermula daripada 1402 hingga 1424. [[Nama era]] baginda "Yongle" bermaksud "KebahagianKebahagiaan Kekal". Baginda secara umumnya dianggap sebagai maharaja Dinasti Ming teragung, dan merupakan salah seorang daripada maharaja-maharaja China yang teragung.
 
Baginda adalah seorang Putera Yan (燕王), yang memiliki pangkalan tentera yang kuat di [[Beijing]]. Baginda dikenali sebagai Chengzu dari Dinasti Ming (明成祖 juga ditulis ''Cheng Zu'', atau ''Ch'eng Tsu'' (''Cheng Tsu'') di dalam [[Wade-Giles]]) selepas menjadi maharaja berikutan satu [[perang saudara]]. Perampasan takhta oleh baginda kini kadang kala dikenali sebagai "Penubuhan Kedua" Dinasti Ming.
 
Baginda telah mengubah ibu negara daripada [[Nanjing]] ke [[Beijing]], dan telah membina [[Kota Larangan]] di sini. Selepas menjadi usabgusang dan tidak digunakan semasa [[Dinasti Yuan]] dan [[Maharaja Hongwu|pemerintahan Hongwu]], Maharaja Yongle telah membaik pulih dan membuka semula [[Terusan Besar China]] ke ibu negara baru Beijing di utara bagi memastikan bekalan berterusan barangan dan bekalan makanan dari selatan. Baginda juga telah mentauliahkan semula penjelajahan laut oleh [[Zheng He]]. Semasa pemerintahan baginda, monumen ''[[Ensiklopedia Yongle]]'' telah disiapkan. Walaupun bapanya iaitu [[Maharaja Hongwu|Zhu Yuanzhang]] keberatan semasa menjadi maharaja, Yongle menyokong [[peperiksaan Maharaja|peperiksaan perkhidmaan awam]] untuk merangka [[cendikiawan-birokrat|pegawai-pegawai berpedidikan kerajaan]] daripada menggunakan syor dan perlantikkan yang mudah.
 
Maharaja Yongle telah dimakamkan di Changling (長陵, "Makam Panjang"), makam tengah dan terpanjang di [[Makam Dinasti Ming]].