Empangan Bakun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: en:Bakun Dam
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Baris 20:
Pada Mei 2000, Kerajaan Malaysia telah mengambil alih projek dengan membeli kepentingan Bakun Hydroelectric Corporation, dan meneruskan projek melalui syarikat milik kerajaan, [[Sarawak Hidro Sdn Bhd]]. Hanya pembinaan Empangan Bakun diteruskan dan kerja pembinaan ditawarkan melalui kontrak “turnkey”. Pembinaan talian penghantar bawah laut tidak akan dilaksanakan.
 
Kontraktor baru ialah [[Malaysia-China Hydro JV Consortium]], iaitu syarikat usahasama [[Sime Engineering Berhad]], iaitu anak syarikat [[Sime Darby|Sime Darby Berhad]] dan [[Sino-Hydro Corporation]] dari [[Cina]]. Rakan kongsi kecil yang lain adalah [[WCT Berhad]], [[MTD Capital Berhad]], [[Ahmad Zaki Resources Berhad]], [[Syarikat Ismail Berhad]] dan [[Edwards & Sons Berhad]]. Tarikh siap ditetapkan pada September 2007. Harga kontrak sivil adalah RM 1.8 billion. Kerja elekromekanikal diberi pada satu kontrak kepada [[IMPSA]] dari [[Argentina]] dan satu kontrak lagi kepada [[Alstom]] dari [[Perancis]].
 
Pada 2004, pakar runding [[JW Knowles]] telah diupah untuk mengkaji sebab kelewatan projek. Lain lain jururunding terlibat adalah [[Snowy Mountain Engineering Corporation]] dan [[OPUS International Malaysia]].