Isomer: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13:
Lagi satu contoh isomer yang mempunyai sifat yang amat berbeza boleh didapati di sebilangan [[xantin]]. [[Teobromin]] didapati dalam [[coklat]], tetapi jika salah satu daripada dua kumpulan metilnya dialihkan ke posisi yang lain dalam teras cecincin kembarnya, isomer itu akan menjadi [[teofilin]] yang digunakan sebagai [[bronkodilator]].
 
 
== Sejarah ==
Fenomena keisomeran dilihat buat pertama kali pada [[1827]] ketika [[Friedrich Woehler]] menyediakan [[asid sianida]] dan memperhatikan bahawa walaupun kandungan unsurnya adalah sama sahaja dengan [[asid fulminik]] (yang disediakan oleh [[Justus von Liebig]] pada tahun yang lalu), sifat-sifatnya amat berbeza. Dapatan ini mencabarkan pemahaman kimia pada masa itu yang menganggap bahawa [[sebatian kimia]] hanya boleh berbeza jika sebatian-sebatian itu mempunyai kandungan unsur yang berbeza. Selepas temuan-temuan lain yang serupa telah dijumpai, contohnya penemuan Woehler pada tahun [[1828]] bahawa [[urea]] mempunyai kandungan atom yang sama dengan sainida ammonium, [[Berzelius]] memperkenalkan istilah ''keisomeran'' untuk memerihalkan fenomena itu.
 
Pada tahun [[1849]], [[Louis Pasteur]] mengasingkan kristal-kristal [[asid tartarik]] yang amat kecil itu menjadi dua bentuk [[imej cermin]]. Molekul bagi setiap bentuk itu merupakan [[stereoisomer]] optik kiri dan kanan, dengan larutan-larutannya memutarkan satah [[cahaya]] [[Pengutuban|terkutub]] pada arah yang bertentangan.
 
== Lihat juga ==