Sri Medan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{tidak disahkan}}
 
'''Sri Medan''' merupakan sebuah pekan besar di dalam [[Johor]], [[Malaysia]]. Pada masa dahulu, ia adalah sebuah lombong [[bauksit]] yang terkenal di Johor. Sri Medan pada zaman dahulu merupakan sebuah pekan mati kerana tiada jalan penghubung dengan pekan lain. Hal ini kerana pekannya terletak di bahagian tengah dan jauh dari jalan utama yang menghubungkan bandar Batu pahat, pekan Parit Sulong dan pekan Yong Peng. Pekan Sri Medan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Parit Warijo, Parit Haji Ariff dan Parit Haji Yusof. Parit Warijo dapat menghubungkan beberapa kampung dengan pekan Sri Medan, antaranya seperti Parit Laman, Parit Jayus, Parit Baru, Ayer Putih, dan Sri Sejagong. Jalan Parit Haji Ariff pula dapat menghubungkan pekan Sri Medan dengan Kg. Sri Pasir, Parit Ulong, Sri Dayong, termasuklah Bukit Betaling yang terletak di bahagian hulu. Jalan Parit Haji Yusof pula dapat menghubungkan Bukit Rimau, Parit Lapis Haji Yusof, Sri Ramunia, dan Parit Singgahan. Namun, Sri Ramunia dan Parit Singgahan juga berhubung dengan jalan besar menghala ke Sri Medan. Sri Medan juga pernah menjadi lokasi pengambaran untuk filem Puteri Gunung Ledang, lakonan M. Nasir dan Tiara Jaquelina. Lokasi tepat untuk pembikinan filem berunsurkan sejarah tersebut adalah di Bukit Inas iaitu sebuah lokasi yang bersempadan dengan pekan Pt. Sulong.
Sebelum ada nama Sri Medan, nama Ramunia terlebih dahulu digunakan sebagai nama utama kawasan ini. Pengasas terawal pekan ini yang dikenal pasti ialah Haji Yusoff bin Sarpin iaitu seorang penghijrah dari Medan, Indonesia.