Suku kata: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ChempakaBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-[[Category: +[[Kategori:)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: ar:سلابية; perubahan kosmetik
Baris 7:
Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti ''yang'') ialah kata '''ekasuku''', manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti ''mana'') ialah kata '''dwisuku'''. Perkataan tiga suku kata (seperti ''belalang'') ialah kata '''trisuku''', dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti ''pembolehubah'') dipanggil kata '''banyak suku'''.
 
== Struktur suku kata ==
Struktur am suku kata terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:
* [[Onset suku kata|Onset]] (awal)
* [[Rima suku kata|Rima]]
** [[Nukleus suku kata|Nukleus]] (tengah)
** [[Koda suku kata|Koda]] (akhir)
 
[[ImageFail:Syllable structure.png|200px|thumb|Gambar rajah pokok suku kata KVK.]]
 
Mengikut sesetengah teori fonologi, struktur suku kata ini dipaparkan sebagai [[gambar rajah pokok]] (serupa dengan pokok yang ditemui dalam sesetengah jenis sintaks). Bukan semua ahli fonologi menerima bahawa suku kata ada struktur dalaman; sebenarnya, ada di kalangan mereka yang meragui adanya suku kata sebagai entiti teori.<ref>Rujuk [http://www.cunyphonologyforum.net/syllable.php CUNY Conference on the Syllable] untuk perbincangan kwwujudan suku kata sebagai teori.</ref>
Baris 26:
Mengikut kefahaman [[Nada (linguistik)|nada]] dalam fonologi bahasa Cina tradisional, ciri yang bergelar "[[nada masuk]]" ialah kemungkinan nada suku kata tertutup yang berakhir dengan [[konsonan hentian]] seperti {{IPA|/p, t, k/}}.
 
== Suku kata dan suprasegmen ==
Ciri-ciri [[suprasegmen]] menakluki satu suku kata dan bukan satu bunyi tertentu, iaitu mempengaruhi semua segmen dalam satu suku kata:
* [[Tekanan leksikal|Tekanan]]
* [[Nada (linguistik)|Nada]]
 
Adakalanya, [[kepanjangan suku kata]] juga dikira sebagai ciri-ciri suprasegmen; misalnya, dalam sesetengah bahasa Jermanik, vokal panjang hanya wujud bersama konsonan pendek, begitu juga sebaliknya. Namun demikian, suku kata boleh dikupas sebagai gubahan fonem panjang dan pendek, seperti bahasa Finland dan Jepun, yang mana kepanjangan konsonan dan kepanjangan vokal tiada hubung kait.
 
== Suku kata dan batasan fonotaktik ==
Hukum [[fonotaktik]] menentukan bunyi mana yang dibenarkan atau dilarang dalam setiap bahagian suku kata. [[Bahasa Inggeris]] membenarkan suku kata yang amat rumit; suku kata boleh bermula dengan gugus tiga konsonan (cth: ''string'' "tali" atau ''splash'' "deburan"), dan juga berakhir dengan sebanyak suku kata (cth: ''prompts'' "menyeru"). Sebilangan bahasa lain pula lebih terhad dari segi kebolehan suku kata ini; misalnya, [[bahasa Jepun]] hanya membenarkan {{IPA|/ɴ/}} dan [[kronem]] dalam koda, dan langsung tiada gugus konsonan, kerana onsetnya paling banyak satu konsonan sahaja.<ref>{{cite book|last=Shibatani |first=Masayoshi |chapter=Japanese |pages=855–80 |title=The World's Major Languages |editor=Bernard Comrie |publisher=Oxford University Press |year=1987 |isbn=0-19-520521-9}}</ref>
 
Wujudnya bahasa yang melarang onset terbuka, seperti [[bahasa Ibrani]] dan [[bahasa Arabi|Arab]] (nama-nama yang ditransliterasi sebagai "Ibrahim", "Omar", "Ali" dan "Abdullah", antara lainnya, sebenarnya bermula dengan geluncuran separa konsonan, atau konsonan glotis atau farinks).
 
== Pensukukataan ==
''Pensukukataan'' ialah pemecahan suatu perkataan kepada suku kata, baik lisan mahupun bertulis. Dalam kebanyakan bahasa, suku kata tuturan sebenar juga merupakan asas kepada pensukukataan tulisan. Contohnya, lafazan "kucing" boleh dibahagikan kepada "ku" + "cing". Dalam bahasa Inggeris moden, disebabkan kepadanan yang begitu longgar antara bunyi dan huruf ejaan, pensukukataan bertulis dalam bahasa Inggeris berteraskan prinsip etimologi/morfologi. Oleh demikian, suku kata "tulisan" bahasa Inggeris tidak berpadan dengan suku kata tuturan sebenar dalam bahasa lisannya.
 
== Suku kata dan tekanan ==
Struktur suku kata sering berinteraksi dengan tekanan. Misalnya, dalam [[bahasa Latin]], tekanan biasanya ditentukan oleh [[keberatan suku kata]], yang mana suku kata dikira berat jika ada sekurang-kurangnya satu sifat yang berikut:
 
Baris 50:
Apapun, suku kata berat ini dikira ada dua [[Mora (linguistik)|mora]].
 
== Suku kata dan ketegangan vokal ==
Dalam kebanyakan [[bahasa Jermanik]], [[ketegangan (linguistik)|vokal kendur]] hanya terdapat dalam suku kata tertutup. Oleh itu, vokal ini dipanggil ''vokal tertutup'', berbanding dengan vokal tegang iaitu ''vokal terbuka'' yang boleh disebut dalam suku kata terbuka.
 
== Bahasa tanpa suku kata ==
Tanggapan kewujudan suku kata ini dicabar oleh bahasa-bahasa yang membenarkan serantaian konsonan berpanjang tanpa apa-apa vokal atau sonoran di antaranya. Misalnya, bahasa-bahasa pribumi di pantai barat laut Amerika Utara, termasuk [[bahasa Salishan|Salishan]] dan [[bahasa Wakashan|Wakashan]]. Misalnya, perkataan [[bahasa Nuxálk]] (Bella Coola) berikut hanya terdiri daripada [[Konsonan hentian|obstruen]]:
 
Baris 71:
: {{IPA|[kckmrʔɛːc]}} 'lengan pendek gemuk' <cite>(Sloan 1988)</cite>
 
== Lihat juga ==
* [[Mora (linguistik)]]
* [[Fonologi]]
* [[Tekanan (linguistik)]]
* [[Tulisan suku kata]]
 
== Rujukan ==
<references/>
 
== Bibliografi ==
* {{cite journal
|authorlink=Bruce Bagemihl
Baris 121:
[[af:Lettergreep]]
[[als:Silbe]]
[[ar:مقطع لفظيسلابية]]
[[ay:Aru qallu]]
[[id:Suku kata]]