Senarai Hokage: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Quentinv57 (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 1216821 oleh 60.50.158.245 (Perbincangan)
Baris 43:
Kehebatannya terbukti apabila dia berjaya menewaskan Madara dan juga [[Kyubi]] (yang berada di bawah pengaruh Madara ketika itu) dalam beberapa siri pertarungan. Ini dianggap sangat menakjubkan kerana Madara merupakan pengguna [[Eternal Mangekyou Sharingan]], sejenis bentuk sempurna [[Mangekyou Shraingan]]. Hanya dengan dapat menewaskan Kyubi sahaja sudah cukup memadai digelar seorang ninja "hebat" kerana Hokage Keempat telah terkorban ketika cuba menewaskan Kyubi. Bagaimanapun, sebenarnya kebolehan Hokage Pertama menggunakan ''mokuton'' membolehkannya mengawal Kyubi sebagaimana Madara namun bukan dari segi mengalahkannya. Hokage Pertama juga pernah menewaskan [[Kakuzu]] suatu ketika dahulu. Ketika mayatnya diseru oleh Orochimaru untuk digunakan bagi melawan Hokage Ketiga, dia telah menunjukkan skil di dalam ke semua aspek tempur bagi ninja. Sebagai contoh, dia mampu menggunakan taijutsu sekuat Hokage Ketiga (Hokage Ketiga adalah pakar taijutsu) dan dia juga mampu menggunakan [[genjutsu]] yang kuat sehinggakan tidak mampu dielakkan oleh Hokage Ketiga (Hokage Ketiga juga adalah pakar genjutsu). Imbasan kembali ketika pertarungannya dengan Madara menunjukkan dia juga mampu menggunakan teknik seruan dan pengguna senjata yang hebat; mampu menyeru pelbagai senjata menggunakan skrol.
 
Hokage Pertama terkenal kerana kebolehan menggabungkan teknik [[doton]] (tanah) dan teknik [[suiton]] (air) bagi menghasilkan perubahan baru yang dinamakan [[mokuton]] bagi menghasilkan "kayu". Hokage Pertama menukarkan chakranya kepada "sumber nyawa" ddan membolehkannya mencipta pokok yang mampu tumbuh dengan kadar saiz yang besar, memanipulasikannya kepada pelbagai bentuk dan menggunakannya ketika bertempur. Ada yang mengatakan bahawa kebolehannya tersebut telah digunakan untuk mencipta landskap dan asas kepada pembentukan kampung Konoha. Kebolehan tersebut nyata suatu yang unik kepada dirinya kerana adiknya; Hokage Kedua dan cucunya; Tsunade tidak memiliki kebolehan yang sama walaupun mempunyai kebolehan memanipulasikan chakra pada peringkat yang tinggi.
 
Hanya [[Yamato]], satu-satunya bahan "eksperimen" yang terselamat memiliki kebolehan unik ini setelah disatukan dengan gen Hokage Pertama dalam satu ujikaji yang dilakukan oleh Orochimaru. Yamato menyatakan bahawa penggunaan teknik tersebut hanya pada tahap sederhana jika dibandingkan dengan kebolehan asal Hokage Pertama. Bagaimanapun, Yamato dilihat mampu menggunakan teknik asas air dan tanah dengan baik sekali. Keupayaan Hokage Pertama yang sangat dikagumi oleh Orochimaru adalah keupayaannya mengawal kuasa nyawa dan kuasa semulajadi di persekitarannya. Melalui kebolehan ini, ia membolehkan Hokage Pertama mempengaruhi makhluk yang dicipta daripada kuasa semulajadi seperti [[biju]] dengan mengawal dan menekan kuasa chakra biju-biju tersebut. Menurut Madara, suautu ketika dahulu Hokage Pertama memiliki beberapa biju di bawah kawalannya yang mana kemudiannya diserahkan kepada beberapa kampung ninja besar untuk mengimbangi kuasa di antara mereka. Kebolehan dan kuasa mengawal biju ini ditingkatkan lagi dengan bantuan oleh sebentuk rantai yang diperbuat daripada kristal yang mengandungi chakra, namun bagaimana ia berfungsi tidak diketahui.
 
Hokage Pertama juga diketahui mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan skrol dan diketahui menggunakan banyak jutsu-jutsu yang mana ia mungkin telah dikongsikan kepada Hokage Ketiga.
 
=== Trivia ===
* Rantai yang asalnya dipakai oleh [[Tsunade (Naruto)|Tsunade]] kemudian diberikan kepada Naruto, sebenarnya milik asal Hokage Pertama.
* Walaupun diketahui Hokage Pertama memiliki kebolehan dalam penggunaan teknik ''mokuton'', tetapi dia lebih banyak dan suka menggunakan teknik ''taijutsu'' ketika bertarung dengan Hokage Ketiga.
* Dikatakan bahawa kebolehan Hokage Pertama untuk mengawal biju adalah diinspirasikan oleh kebolehan Madara untuk mengawal ''Kyubi'' di mana ia dianggap sebagai penyekat kepada kebolehan Madara tersebut.
 
== Hokage Kedua ==