Symbian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 41:
Platform Symbian wujud dengan menggabung dan menyepadukan aset-aset perisian daripada Nokia, NTT DoCoMo, Sony Ericsson dan Symbian Ltd. Ini termasuk sistem operasi Symbian sebagai teras, platform S60, dan sebahagian daripada antaramuka UIQ dan MOAP. Platform ini giat dibangunkan oleh satu komuniti yang dipimpin oleh Yayasan Symbian selepas pelancaran rasmi yayasan itu pada bulan April 2009.
 
Yayasan Symbian mula diumumkan pada bulan Jun 2008. Matlamat yayasan ini adalah untuk menerbitkan kod sumber untuk keseluruhan platform Symbian di bawah Lesen Awam Eclipse (EPL) yang diluluskan oleh OSI dan FSF. Bagaimanapun komponen Symbian yang dilesen daripada pihak ketiga menghalang yayasan daripada menerbitkan keseluruhan kod sumber di bawah EPL serta merta. Oleh itu, pada mulanya kebanyakan kod sumber telah diterbitkan di bawah Lesen Yayasan Symbian (SFL) dengan syarat yang lebih ketat dan boleh didapati oleh syarikat ahli sahaja.
 
Yayasan Symbian mengumumkan penerbitan kesemua platform Symbian sebagai kod sumber terbuka di bawah EPL pada 4 Februari 2010.