449 SM: Perbezaan antara semakan

25 bait ditambah ,  12 tahun lalu
k
bot menambah: tl:449 BC; perubahan kosmetik
k (bot menambah: de:449 v. Chr.)
k (bot menambah: tl:449 BC; perubahan kosmetik)
<br clear=all>
 
== Peristiwa ==
=== Mengikut tempat ===
==== Yunani ====
{{portal|Yunani|Coat_of_arms_of_Greece.svg}}
* Negara-negara kota [[Yunani]] berdamai dengan [[Empayar Parsi]] melalui perjanjian [[Keamanan Callias]] yang dinamai sempena nama duta besar Yunani di Istana Parsi yang merupakan abang (atau adik) ipar [[Cimon]]. [[Athens]] bersetuju untuk menamatkan bantuannya kepada pemberontak-pemberontak [[Mesir]] yang masih bertempur di sesetengah bahagian [[Delta Nile]], manakala Parsi bersetuju tidak akan menurunkan kapal-kapal perangnya masuk ke [[Laut Aegea]]. Athens kini menguasai semua negara kota di Ionia secara berkesan.
* [[Pericles]] memulakan rancangan pembinaan agung yang termasuk pengubuan semula [[Piraeus]] serta tembok-tembok panjang yang terbentang ke Athens.
* Pericles mencadangkan "Dekri Kongres" yang membenarkan pembelanjaan sebanyak 9,000 [[talen]] untuk membiayai rancangan pembinaan semula candi-candi Athens yang amat besar. Ini menyebabkan perjumpaan ("Kongres") semua negara Yunani untuk mempertimbangkan persoalan pembinaan semula candi-candi yang dimusnahkan oleh tentera Parsi. Bagaimanapun, kongres itu gagal, akibat penentangan [[Sparta]].
* Pericles mempertanggungjawabkan [[Phidias]], pengarca Athens, untuk segala aspek kesenian rancangan pembinaan semula. Pembinaan bermula dengan [[Candi Hephaestus]] di [[Athens]], manakala Senat Athens menempah [[Callicrates]] membina sebuah kuil untuk dewi [[Athena Nike]] di [[Akropolis]].
* [[Perang Suci Kedua]] tercetus antara Athens dengan Sparta apabila Sparta memaksa [[Delpi]] berpisah daripada [[Phocis]] dan menjadikannya merdeka.
 
==== Republik Rom ====
* [[Undang-undang Dua Belas Jadual]] yang diperkembangkan oleh [[Perintahan Bersepuluh]] diisytiharkan secara rasmi. Dua Belas Jadual itu benar-benar ditulis pada dua belas keping batu bersurat gading yang dipamerkan di [[Forum Romanum]] supaya semua penduduk Rom dapat membaca dan mengetahuinya.
* Apabila tempoh Perintahan Bersepuluh tamat, ahli-ahlinya enggan melepaskan jawatan mereka atau membenarkan pewaris-pewaris mereka memegang jawatan-jawatan tersebut. [[Appius Claudius Crassus]] dikatakan membuat keputusan tak adil yang memaksa seorang wanita muda yang bernama [[Verginia]] untuk menjadi pelacur, dan mengakibatkan bapanya membunuh wanita itu. Ini mencetuskan pemberontakan terhadap Perintahan Bersepuluh yang menyebabkan ahli-ahlinya meletakkan jawatan mereka. Jawatan-jawatan majistret biasa ([[magistratus ordinarii]]) diperkenalkan semula. Appius Claudius dikatakan membunuh diri, akibat peristiwa-peristiwa ini.
 
=== Mengikut topik ===
==== Kesusasteraan ====
* [[Herodotus]] menyiapkan karya ''[[Sejarah-sejarah Herodotus|Sejarah]]'' yang mencatatkan peristiwa-peristiwa mengenai [[Perang-perang Yunani-Parsi|Perang Parsi]].
 
== Kelahiran ==
*
 
== Kematian ==
* [[Appius Claudius Crassus]], bekas ahli [[Perintahan Bersepuluh]] (pembunuhan diri).
 
[[Kategori: 449 SM | ]]
 
[[Kategori: 449 SM | ]]
 
[[ast:449 edC]]
[[fi:449 eaa.]]
[[sv:449 f.Kr.]]
[[tl:449 BC]]
[[th:พ.ศ. 95]]
[[uk:449 до н. е.]]
77,449

suntingan