Kelimpahan semula jadi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Coljames (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Coljames (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Dalam bidang kimia, '''kelimpahan semulajadi''' merujuk kepada kelimpahan (atau betapa banyaknya) [[isotop-isotop|isotop-isotop]] sesuatu [[unsur kimia]] seperti mana yang didapati secara semulajadi dalam sesebuah [[planet]]. Jisim atom relatif (purata dengan pemberat berdasarkan kelimpahan semulajadi) sesetiap isotop unsur ini adalah berat atom sesuatu unsur yang disenaraikan dalam jadual berkala. Kelimpahan sesuatu isotop berubah-ubah dari satu planet ke planet yang lain, tetapi secara relatifnya malar sepanjang masa.
 
Contohnya, uranium mempunyai tiga isotop yang wujud secara semujadi, iaitu 238U, 235U and 234U. Kelimpahan semulajadi sesetiap satu isotop ini adalah 99.2745%, 0.72% and 0.0055%. Jika 100,000 atom uranium dianalisa, bilangan bagi setiap satu isotop yang dijumpai adalah kurang lebih 99,275 atom 238U, 720 atom 235U dan 5 atau 6 atom 234U. Ini adalah kerana isotop 238U adalah lebih stabil berbanding dengan 235U atau 234U, sebagai mana yang ditunjukkan dalam [[separuh hayat]] sesetiap satu isotop, iaitu 4.468×109 tahun untuk 238U berbanding dengan 7.038×108 tahun bagi 235U dan 245,500 tahun untuk 234U. Akan tetapi, kelimpahan semulajadi juga boleh dipengaruhi oleh kebarangkalian penciptaan suatu-suatu isotop di dalam [[nukleosintesis]] (seperti dalam contoh unsur [[samarium]], isotop radioaktif 147Sm dan 148Sm adalah lebih berlimpah daripada isotop stabil 144Sm) dan juga boleh dipengaruhi oleh penghasilan sesuatu isotop daripada isotop radioaktif semulajadi (seperti dalam kes isotop radiogen [[plumbum]]).