Suhu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Coljames (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Coljames (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Meniti sejarah, dua konsep serupa telah dikemukakan secara berasingan untuk menjelaskan tentang suhu, iaitu penjelasan secara [[termodinamik]] dan penjelasan mikroskopik berdasarkan [[fizik statistik]]. Oleh sebab konsep termodinamik adalah suatu ukuran yang bersifat makroskopik sepenuhnya, maka takrifan termodinamik bagi suhu, sebagaimana yang dinyatakan oleh [[Kelvin]], dinyatakan sepenuhnya dalam bentuk pembolehubah empirik dan boleh diukur. Fizik statistik pula memberikan pemahaman yang lebih lanjut tentang termodinamik, iaitu dengan menggambarkan jirim sebagai sekumpulan zarah-zarah dengan bilangan yang banyak, lalu parameter termodinamik (iaitu makroskopik) diterbitkan daripada purata statistik parameter-parameter mikroskopik zarah-zarah tersebut.
Fizik statistik menunjukkan bahasabahawa takrifan termodinamik bagi suhu sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai ukuran purata tenaga-tenaga dalam setiap [[darjah kebebasan]] zarah-zarah dalam [[sistem termodinamik]]. Oleh sebab suhu digambarkan dalam bentuk statistik, sesuatu sistem haruslah mempunyai bilangan zarah yang sangat banyak untuk membolehkan takrifan suhu mempunyai pengertian yang berguna. Bagi bahan pepejal, tenaga ini biasanya didapati menerusi [[getaran atom|getaran-getaran atom pepejal tersebut]] daripada kedudukan asalnya. Dalam [[gas unggul|gas unggul monoatom]], tenaga ini terhasil daripada pergerakan translasi zarah-zarah manakala bagi gas-gas [[molekul|bermolekul]], pergerakan secara [[putaran]] atau [[getaran]] juga memberikan salah-satu daripada darjah kebebasan termodinamik.
 
Suhu merupakan [[sifat fizikal]] yang menjadi dasar kepada anggapan lazim [[panas]] dan [[sejuk]]. Sesuatu benda yang panas pada amnya mempunyai suhu yang tinggi, walaupun suhu bukanlah ukuran terus untuk haba. Suhu adalah satu daripada parameter utama dalam [[termodinamik]]. Jika tidak terdapatnya aliran haba di antara dua objek, ini bererti objek-objek tersebut mempunyai suhu yang sama. Haba akan mengalir daripada objek yang mempunyai suhu yang tinggi kepada objek dengan suhu yang rendah. Ini adalah susulan daripada salah satu [[hukum termodinamik|hukum-hukum termodinamik]].