Perbezaan antara semakan "Suhu"

5 bait dibuang ,  10 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
k
Suhu merupakan [[sifat fizikal]] yang menjadi dasar kepada anggapan lazim [[panas]] dan [[sejuk]]. Sesuatu benda yang panas pada amnya mempunyai suhu yang tinggi, walaupun suhu bukanlah ukuran terus untuk haba. Suhu adalah satu daripada parameter utama dalam [[termodinamik]]. Jika tidak terdapatnya aliran haba di antara dua objek, ini bererti objek-objek tersebut mempunyai suhu yang sama. Haba akan mengalir daripada objek yang mempunyai suhu yang tinggi kepada objek dengan suhu yang rendah. Ini adalah susulan daripada salah satu [[hukum termodinamik|hukum-hukum termodinamik]].
 
Suhu diukur menggunakan [[termometer]] yang [[Penentukuran|ditentukur]] pada banyak jenis [[Formula penukaran suhu|skala suhu]]. Seantero dunia (kecuali [[Belize]], [[Myanmar|Burma]], [[Liberia]] dan [[Amerika Syarikat]]) menggunakan skala [[Celsius]] dalam kebanyakan pengukuran suhu. Dalam bidang sains pula, seluruh dunia menggunakan skala [[Celsius]] untuk mengukutmengukur suhu dan skala [[Kelvin]] untuk mengukur suhu termodinamik. Di Amerika Syarikat pula, skala [[Fahrenheit]] digunakan secara amnya oleh orang ramai untuk tujuan-tujuan biasa (industri, [[kaji cuaca]], dan kerajaan). Dalam bidang-bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat pula, skala [[Rankine]] digunakan terutamanya dalam disiplin-disiplin yang berkaitan dengan termodinamik seperti [[pembakaran]].
 
Bagi sistem dengan isipadu malar yang berada dalam keseimbangan terma, suhu boleh ditakrifkan secara termodinamik oleh [[tenaga]] (''E'') dan [[entropi]] (''S''), iaitu:
836

suntingan