Nusantara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Majapahit Empire.svg||center|thumb|600px|Konsep asal Nusantara]]
'''Nusantara''' ialah sepatah [[kata majmuk]] yang berasal daripada dua perkataan [[bahasa Jawa]] kuno, iaitu ''nusa''  (pulau) dan ''antara''  (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih tepat bagi negara kepulauan [[Indonesia]] yang bertempat di antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh [[kebudayaan]] dan [[linguistik]] orang [[Melayu]] yang merangkumi kepulauan [[Indonesia]], [[Malaysia]], [[Singapura]], bahagian paling selatan [[Thailand]], [[Filipina]], [[Brunei]], [[Timor Timur]] dan mungkin juga [[Taiwan]], namun ia tidak melibatkan daerah [[Papua New Guinea]].
 
Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam [[bahasa Melayu|bahasa Malaysia]] ialah '''Alam Melayu''' dan dalam [[bahasa Indonesia]] ialah "Nusantara" (kepulauan di antara), walaupun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.
Baris 6:
 
==Bahasa dan kebudayaan==
Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan sebahagian [[Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia|keluarga bahasa Melayu-Polinesia]], termasuk [[bahasa Tagalog]] yang dituturkan secara meluas di [[Filipina]], [[bahasa Jawa]] yang dituturkan di [[Pulau Jawa]] dan sudah tentunya, [[bahasa Melayu]] yang dituturkan di [[Malaysia]] (yang dikenali juga sebagai [[Bahasa Malaysia]]), [[Singapura]] dan [[Brunei]] (yang dikenali sebagai [[Bahasa Melayu]]). [[Bahasa Indonesia]] juga berasal daripada bahasa Melayu dan dikenali sebagai ''Bahasa Indonesia'' oleh orang tempatan karena penamaan bahasa Indonesia mengikuti "Sumpah Pemuda tahun 1928".
 
Seribu tahun dahulu, [[agama]] wilayah Nusantara ialah agama campuran yang terdiri daripada agama-agama [[Hindu]], [[Agama Buddha|Buddha]], dan tradisi-tradisi asli. Sejak dari masa itu, agama-agama yang baru, termasuk [[agama Kristian]] dan terutamanya, agama [[Islam]] telah memantapkan kedudukannya di sini.
Baris 16:
 
===Nusantara sebagai Konsep Kebudayaan===
Digunakan dalam konteks [[kebudayaan]], istilah "Nusantara" secara amnya merangkumi pulau-pulau [[Asia Tenggara]] dan sebilangan wilayah benua yang berjiran yang [[bahasa-bahasa Melayu-Polinesia]] serta budaya-budaya berkait merupakan budaya yang terutama. Dari sudut pandangan ini, [[Malaysia]] (termasuk [[tanah besar]] Malaysia), [[Filipina]], dan pulau-pulau negara [[Indonesia]] (kecuali [[New Guinea]] (Pulau Irian)), kesemuanya termasuk dalam konsep Nusantara. Secara [[linguistik]], konsep ini boleh diperluas untuk merangkumi pulau-pulau [[Taiwan]] dan [[Madagascar]] kerana bahasa asli kedua-dua pulau ini juga merupakan sebahagian [[bahasa Austronesia]].
 
===Nusantara sebagai Konsep Geografi===
Dengan erti kata [[geografi]] yang sebenarnya, "Nusantara" merujuk kepada kawasan-kawasan yang merangkumi [[Singapura]], pulau-pulau kecil Malaysia, termasuk pulau [[Labuan]] tetapi tidak merangkumi tanah besar Malaysia, dan sebenar kesemua pulau Indonesia serta juga [[Timor Timur]] dan [[New Guinea]] (Pulau IrianPapua).
 
===Kerajaan-kerajaan Jawa===
Baris 28:
 
===Penggunaan moden===
Walaupun istilah "Nusantara" kekadangsememangnya digunakan untuk merujuk kepada wilayah-wilayah [[Indonesia]], isitilahistilah ini secara amnya kini dipergunakan dengan erti kata yang sebenarnya dari segi konsep kebudayaan yang dihuraikan di atas.
 
===Penggunaan lain===
"Nusantara" juga merupakan nama keluarga di [[Indonesia]]. Kebanyakan keluarga yang mempunyai nama keluarga, Nusantara, berasal daripada [[suku Jawa]].
 
== Pautan Luar ==