Perbezaan antara semakan "Takwim Julius"

8 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (bot menambah: li:Juliaanse kalender)
'''Takwim Julius atau Kalendar Julian''' telah diperkenalkan pada tahun [[46 SM]] oleh [[Julius Caesar]] dan dikuatkuasakan pada tahun [[45 SM]] (709 ''[[ab urbe condita]]''). Ia dipilih selepas perundingan dengan ahli [[astronomi]] [[Sosigenes]] dari Alexandria[[Iskandariah]] dan mungkin direka bentuk untuk lebih kurang menyamai [[tahun tropika]] yang telah diketahui sekurang-kurang sejak zaman [[Hipparchus (ahli astronomi)|Hipparchus]] lagi. Tahun Julius tetap terdiri daripada 365 [[hari]] yang dibahagikan kepada 12 [[bulan]], dengan satu [[hari lompat]] ditambahkan kepadapada bulan [[Februari]] setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julius mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.
 
Notasi [[Tarikh Gaya Lama dan Gaya Baru|"Gaya Lama" (OS)]] kekadangkadang-kadang digunakan untuk menunjukkan tarikh dalam takwim Julius, yang bertentangan dengan [[Tarikh Gaya Lama dan Gaya Baru|"Gaya Baru" (NS)]] yang menunjukkan tarikh dalam [[takwim Gregory]]. Notasi ini dipergunakandigunakan apabila tertimbulnya kekeliruan tentang tarikh yang didapati dalam sebuahsesebuah teks.
 
Walaupun takwim Julius masih digunakan dalam [[abad ke-20]] di sesetengah negara dan masih digunakan oleh banyak gereja Ortodoks negara, secara amnya ia telah digantikan oleh [[takwim Gregory]] moden bagi kegunaan awam. Gereja Ortodoks yang tidak lagi menggunakan takwim Julian menggunakan [[takwim Julius semakan]] dan bukannya [[takwim Gregory]].
 
Pembaharuan diperlukan kerana terdapat terlalu banyak hari lompat dalam skimskema Julius yang disebabkan oleh musim-musim astronomi. Pada puratanya, [[soltis]] dan [[ekuinoks]] astronomi adalah lebih cepat daripada tahun Julian sebanyak lebih kurang 11 minit setahun, dan mengakibatkan takwim Julian memperoleh satu hari tambahan setiap 134 tahun. Sedangkan [[Hipparchus (ahli astronomi)|Hipparchus]] dan barangkali juga [[Sosigenes]] sedar akan percanggahan ini, walaupun bukan nilainya yang tetap, mereka jelas berasa bahawa ini tidak beberapa penting. Bagaimanapun, percanggahan tersebut berkumpul dengan berlalunya masa dan akhirnya menyebabkan pembaharuan pada tahun [[1582]] yang menggantikan takwim Julius dengan [[takwim Gregory]] yang lebih tepat.
 
== Reformasi Julian ==
 
 
Sebelum takwim baru dikuatkuasakan, hari pertama untuk tahun takwim ([[1 Januari]]) diselaraskan dengan tahun tropika melalui membuat tahun [[46 SM]] yang mempunyai 445 hari. Bulan-bulan Julian dibentuk dengan menambahkan 10 hari kepada tahun Rom pra-Julian yang mempunyai 355 hari. Dua hari tambahan dimasukkan ke dalam bulan-bulan Januari, Julai, dan Disember, danserta satu hari tambahan dimasukkan ke dalam bulan-bulan April, Jun, September, dan November. Macrobius menyatakan bahawa hari-hari tambahan disisipkan sejurus sebelum hari terakhir setiap bulan untuk mengelakkan sebarang gangguan terhadap hari-hari ''fasti'' Rom (hari yang ditetapkan untuk peristiwa-peristiwa tertentu). Bagaimanapun, oleh sebab hari-hari selepas hari [[Takwim Rom#Bulan|Ides]] (iaitu hari ke-15 untuk bulan-bulan Mac, Mei, Julai, dan Oktober, serta hari ke-13 untuk bulan-bulan yang lain dalam takwim Rom) dibilang bawah (iaitu dengan angka-angka yang semakin kecil) sehingga bulan berikut, hari-hari tambahan tersebut meningkatkan nilai angka-angka hari selepas Ides pada setiap bulan.
 
[[Bulan interkalari]] yang lama dibatalkan. Hari lompat yang baru pada asalnya disisipkan selepas [[24 Februari]] (iaitu a.d. VI Kal. Mar. menurut takwim Rom), kerana hari ini ialah hari yang bulan-bulan interkalari diselitkan dalam takwim pra-Julius. Hari lompat ini diambil kira sebagai pelanjutan hari "a.d. VI bis Kal. Mar." menjadi 48 jam. Bagaimanapun, ketika hari-hari dalam setiap bulan dinomborkan mengikut susunan nombor berturutan, hari lompat dijadikan hari terakhir untuk bulan Februari dalam tahun-tahun lompat, iaitu [[29 Februari]].
586

suntingan