Dataran Merdeka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: id:Dataran Merdeka
Latukadir (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:Flag of Malaya.svg|thumb|100px|Bendera Federasi Malaya]]
[[Image:Merdeka.jpg|thumb|300px|Stadium Merdeka di tengah-tengah Kuala Lumpur, dimana kemerdekaan Malaya diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan pekikan 7 kali '''MERDEKA''' pada 1957]]
 
[[Dataran Merdeka]] dahulunya dikenali sebagai '''Padang Kelab Selangor''' terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, [[Bangunan Sultan Abdul Samad]], Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's [[Anglican]], bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.
 
Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera [[Union Jack]] diturunkan dan bendera MalaysiaFederasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam [[31 Ogos]] [[1957]].<ref>The UK Statute Law Database: [http://www.statutelaw.gov.uk/content.aspx?LegType=All+Primary&PageNumber=72&NavFrom=2&parentActiveTextDocId=1118475&ActiveTextDocId=1118475&filesize=15776 Federation of Malaya Independence Act 1957 (c. 60)]</ref> Semenjak itu, [[Dataran Merdeka]] menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan [[Malaysia]] setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah [[Citrawarna]] dan [[Larian Merdeka]].
 
[[Bangunan Sultan Abdul Samad]] merupakan mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh pihak British, yang mengadap kearah Dataran Merdeka. Seni bina [[Moorish]] yang indah ini siap dibina pada 1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British.