Perbezaan antara semakan "Vokal"

37 bait ditambah ,  9 tahun lalu
k
bot mengubah: et:Täishäälik; perubahan kosmetik
k (bot menambah: cy:Llafariad)
k (bot mengubah: et:Täishäälik; perubahan kosmetik)
Perkataan ''vokal'' berasal dari perkataan [[Latin]] ''vocalis'' yang bermaksud "bertutur", kerana dalam kebanyakan bahasa, perkataan dan perbualan tidak menjadi tanpa bunyi vokal. ''Vokal'' juga merujuk kepada [[:Kategori:Huruf vokal|huruf-huruf]] yang digunakan untuk menuliskan bunyi vokal (A, E, I, O, U).
 
== Artikulasi ==
{{vokal}}
[[ImageFail:Cardinal vowels-Jones x-ray.jpg|thumb|200px|Gambar sinar X {{IPA|[i, u, a, ɑ]}} oleh Daniel Jones.]]
[[Fonetik artikulasi|Ciri-ciri artikulasi]] yang membezakan berbagai-bagai bunyi vokal dikatakan menentukan ''sifat'' vokal itu. [[Daniel Jones (fonetik)|Daniel Jones]] mengembangkan sistem [[vokal kardinal]] untuk menghuraikan vokal-vokal dari segi ciri-ciri amnya iaitu ''ketinggian'' (dimensi menegak), ''kebelakangan'' (dimensi melintang) dan ''kebundaran'' (kedudukan bibir). Ketiga-tiga parameter ini dinyatakan dalam [[diagram vokal]] IPA di sebelah kanan. Selain ini, juga terdapat sifat-sifat yang lain seperti kedudukan lelangit lembut (kesengauan), jenis getaran lipatan vokal (pembunyian), dan kedudukan akar lidah.
 
=== Ketinggian ===
Ketinggian vokal ialah kedudukan lidah secara menegak, berbanding dengan lelangit mulut atau liang [[rahang]]. Dalam '''vokal tinggi''' seperti {{IPA|[i]}} dan {{IPA|[u]}}, lidah terletak tinggi sekali dalam mulut, manakala bagi '''vokal rendah''' seperti {{IPA|[a]}}, lidah terletak rendah sekali dalam mulut. Kedua-dua ketinggian vokal tersebut masing-masing juga diistilahkan '''vokal sempit''' dan '''vokal luas''', iaitu kedudukan rahang sama ada tertutup atau terbuka.
 
[[Abjad Fonetik Antarabangsa]] mengenal pasti tujuh ketinggian berbeza:
 
* [[vokal sempit]] (tinggi)
* [[vokal hampir sempit]]
* [[vokal separuh sempit]]
* [[vokal tengah]]
* [[vokal separuh luas]]
* [[vokal hampir luas]]
* [[vokal luas]] (rendah)
 
Vokal tengah sebenar tidak dibezakan dari vokal separuh sempit dan separuh luas dalam mana-mana bahasa. Oleh itu, aksara-aksara {{IPA|[e ø ɤ o]}} digunakan untuk kedua-dua vokal separuh sempit atau tengah.
 
=== Kebelakangan ===
[[ImageFail:Cardinal vowel tongue position-front.svg|thumb|200px|Kedudukan lidah bagi vokal-vokal depan [[Vokal kardinal|kardinal]] dengan bertanda titik tertinggi. Kedudukan titik tertinggi ini digunakan untuk menentukan ketinggian dan kebelakangan vokal.]]
Kebelakangan vokal ialah kedudukan lidah ketika penyebutan vokal berbanding dengan belakang mulut. Bagi vokal depan seperti {{IPA|[i]}}, lidah terletak depan sekali dalam mulut, manakala bagi vokal belakang seperti {{IPA|[u]}}, lidah terletak belakang sekali dalam mulut.
 
[[Abjad Fonetik Antarabangsa]] mengenal pasti lima darjah kebelakangan vokal:
* [[vokal depan]]
* [[vokal hampir depan]]
* [[vokal pusat]]
* [[vokal hampir belakang]]
* [[vokal belakang]]
 
=== Kebundaran ===
[[Kebundaran]] membincangkan sama ada bibir terbundar atau tidak. Dalam kebanyakan bahasa, kebundaran ialah sifat penguatan vokal tengah hingga belakang yang tidak berapa distingtif. Biasanya, lebih tinggi vokal belakang, lebih menjadi pembundarannya. Akan tetapi, terdapat sebilangan bahasa yang mengasingkan sifat kebundaran dan kebelakangan, seperti bahasa Perancis dan Jerman (yang bervokal bundar depan), kebanyakan [[bahasa Uralik]] ([[bahasa Estonia]] ada bezaan pembundaran bagi {{IPA|/o/}} dan vokal depan), [[bahasa Turkik]] (ada {{IPA|/u/}} tak bundar), [[bahasa Vietnam]] (bervokal tak bundar belakang), dan [[bahasa Korea]] (ada bezaan dalam vokal depan dan belakang).
 
[[Pembibiran]] juga boleh dilakukan. Secara amnya, bagi vokal bundar belakang tengah hingga tinggi, bibir dijulurkan ("dimuncungkan") keluar sehingga terdedah permukaan dalaman lidah, maka namanya ''eksolabial''; manakala bagi vokal bundar depan tengah hingga tinggi pula, bibir "diketapkan" sehingga tepi-tepi lidah dirapatkan, maka namanya ''endolabial.'' Apapun, bukan semua bahasa mengikut corak ini. Contohnya, {{IPA|/u/}} dalam [[bahasa Jepun]] ialah vokal belakang yang terketap, dan berlainan bunyinya dari vokal {{IPA|/u/}} yang terjulur dalam bahasa Melayu. [[Bahasa Sweden]] dan [[bahasa Norway]] merupakan dua bahasa sahaja yang membezakan [[vokal bundar depan sempit]] dan [[vokal bundar pusat sempit]] yang terjulur dan terketap. Sesetengah ahli fonetik memandang "terjulur" dan "terketap" ini sebagai bentuk bibir yang berasingan, maka dipakainya tiga istilah berikut, iaitu: ''bundar'' (eksolabial), ''ketap'' (endolabial), and ''hampar'' (tak bundar).
 
=== Penyengauan ===
[[Penyengauan]] merupakan pengeluaran udara melalui hidung. Bagi [[vokal sengau]], [[velum]] direndahkan sambil udara dilepaskan melalui rongga hidung dan mulut serentak, berbanding dengan vokal lisan yang mana udara hanya terlepas melalui mulut. Bahasa-bahasa [[Bahasa Perancis|Perancis]], [[Bahasa Poland|Poland]] dan [[Bahasa Portugis|Portugis]] membezakan vokal sengau dan lisan.
 
=== Pembunyian ===
[[Pembunyian|Penyuaraan]] menentukan sama ada [[pita vokal]] bergetar ketika penyebutan vokal. Kebanyakan bahasa cuma ada vokal bersuara, tetapi terdapat sebilangan bahasa Pribumi Amerika, seperti [[Bahasa Cheyenne|Cheyenne]] dan [[Bahasa Totonac|Totonac]] yang membezakan vokal yang bersuara dan tak bersuara. Bunyi vokal hilang apabila berbisik. Dalam [[bahasa Jepun]] dan [[bahasa Perancis Quebec]], vokal di antara konsonan tak bersuara sering tak bersuara.
 
Penyuaraan modus, [[Penyuaraan garau|garau]], dan [[Penyuaraan mengah|mengah]] (deruan) merupakan jenis-jenis [[pembunyian]] yang dibezakan dalam sebilangan bahasa, selalunya berlaku selaras dengan pembezaan [[nada (linguistik)|nada]] atau tekanan. Contoh: dalam [[bahasa Mon]], vokal yang disebut dengan nada tinggi juga bersuara garau. Namun demikian, selalunya tidak jelas sama ada bezaan fonemiknya adalah nada, penyuaraan atau kedua-duanya sekali. Gabungan tanda-tanda fonetik ini (i.e. pembunyian, nada, tekanan) dikenali sebagai ''laras'' atau ''kompleks laras''.
 
=== Penyempitan sekundar dalam saluran vokal ===
Dalam sebilangan bahasa terdapat [[Pemfarinksan|vokal yang difarinkskan]], misalnya [[bahasa Sedang]] dan [[bahasa-bahasa Tungus]]. Pemfarinksan ini serupa dengan pengunduran pangkal lidah dari segi penyebutan, tetapi berbeza dari segi [[akustik]].
 
Pemfarinksan adalah paling kuat dalam bentuk '''[[vokal lantang]]''' dalam bahasa-bahasa Khoisan, yang mana [[larinks]] dinaikkan, dan farinksnya dijerutkan, agar epiglotis atau [[rawan aritenoid]] bergetar dan bukan pita vokal.
 
==== Vokal rotik ====
{{Main|Vokal bercorak R}}
[[Vokal bercorak R|Vokal rotik]] ialah "vokal bercorak R" dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.
 
=== Ketegangan ===
[[Ketegangan]] ialah perbandingan antara ''vokal tegang'' dan ''vokal kendur'', yang timbul dari ketegangan otot.
<!--
-->
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
[[da:Vokal (sprog)]]
[[de:Vokal]]
[[et:VokaalTäishäälik]]
[[el:Φωνήεν]]
[[en:Vowel]]
75,810

suntingan